CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4707|Reply: 26

[Tempatan] Atlet kayak kebangsaan cedera parah terbabit kemalangan. #2, Pemandu seret atlet kayak sah mabuk, ada tujuh saman. #19, Masih di ICU, selesai jalani pembedahan

[Copy link]
Post time 15-5-2024 01:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 15-5-2024 09:40 AM

Atlet kayak kebangsaan cedera parah terbabit kemalangan

https://www.bharian.com.my/berit ... terbabit-kemalangan

Oleh Mary Victoria Dass - Mei 15, 2024 @ 1:05pm


Kemalangan jalan raya di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL), Sabtu lalu membabitkan Atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias.- Foto tular

JOHOR BAHRU: Atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, mengalami retak bahu kanan, tulang pingggul dan luka di bahagian kaki akibat terbabit kemalangan di Kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal di Lebuhraya EDL menghala ke Kota Tinggi dirempuh kereta dipandu suspek dari arah belakang pada jam 4.30 petang.


Atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias (kanan)

Beliau berkata, kereta suspek dari arah belakang mengubah haluan secara tiba-tiba dari lorong tengah ke lorong kiri dan melanggar mangsa.

Menurutnya, akibatnya mangsa mengalami kecederaan retak bahu kanan, tulang pingggul dan luka di bahagian kaki manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mangsa kini dirawat di hospital swasta di Iskandar Puteri di sini.

"Polis sudah menahan pemandu lelaki itu. Ujian saringan pernafasan ke atas pemandu yang berusia 30-an mendapatinya positif alkohol manakala ujian air kencing pula bebas daripada sebarang pengaruh dadah.

"Siasatan mendapati suspek memiliki tujuh rekod saman trafik yang belum dijelaskan tetapi tidak mempunyai rekod jenayah," katanya.

Raub berkata, lelaki berkenaan ditahan selama 24 jam untuk siasatan dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan.

"Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga minimum tujuh tahun atau maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM30,000 atau maksimum RM50,000.

"Pihak polis memohon saksi yang melihat kejadian itu agar tampil ke balai trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Kelly Lee Ya Yek 014 6977122," katanya menerusi kenyataan media hari ini.


Siti Nurul Masyitah Elias diseret kira-kira 600 meter oleh kereta yang merempuh motosikalnya. - Foto tular

Terdahulu, Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang dalam satu kenyataan memaklumkan, Siti Nurul Masyitah parah selepas dilanggar dan diseret sejuh 600 meter apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan.

Katanya, berdasarkan rakaman video pada papan pemuka sebuah kereta, Siti Nurul Masyitah yang mengambil jurusan kejuteraan mekanikal di politeknik itu dilanggar kereta yang dipandu dalam keadaan melulu dan kemudiannya menyeret mangsa sejauh 600 meter.

Siti Nurul Masyitah adalah atlet kayak dan bot naga Malaysia yang membantu negara memenangi pingat gangsa di Sukan SEA 2023.

Berdasarkan hantaran yang tular dalam media sosial, dapat dilihat beberapa keping gambar ketika kemalangan yang dikongsi termasuk foto seorang lelaki yang didakwa sebagai suspek sedang membuat isyarat tangan 'peace'.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2024 01:52 PM | Show all posts
[KEMASKINI] Pemandu seret atlet kayak sah mabuk, ada tujuh saman

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... uk-ada-tujuh-saman/

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
15 Mei 2024, 12:39 pm


Raub (gambar kecil) mengesahkan kejadian yang menimpa Siti Nurul Masyitah Sabtu lalu.

JOHOR BAHRU – Pemandu mabuk yang merempuh atlet kayak negara sehingga cedera parah di Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menuju ke Southkey, di sini pada Sabtu lalu mempunyai  tujuh saman trafik tertunggak.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.30 petang.

“Mangsa yang menunggang motosikal dirempuh daripada arah belakang oleh kereta Toyota Vios berwarna merah yang dipandu lelaki berusia dalam lingkungan 30-an.

“Kenderaan itu dikatakan menukar lorong dari laluan tengah ke kiri secara tiba-tiba menyebabkan berlakunya kemalangan sehingga mangsa retak bahu kanan dan tulang pinggul, selain beberapa luka di kaki.

“Pemandu kereta disahkan menerusi ujian pernafasan. Lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Raub, mangsa kini dirawat di Hospital Columbia Asia Iskandar Puteri. Pemandu pula ditahan selama 24 jam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Terdahulu, Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan mengesahkan Siti Nurul Masyitah Md. Elias, 22, merupakan pelajar semester enam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan aktif dalam sukan kayak. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lg kes driver mabuk. Bahaya org mabuk drive bai...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 02:05 PM | Show all posts
Diseret 600 meter jauh tu mat.

Semoga hukuman setimpal lagi maksimum terhadap suspek.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 02:52 PM | Show all posts
ade yang da pijak dulu ke babi tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 02:55 PM | Show all posts
bila kena pukul sampai mati nanti datanglah puak2 hitam atau type c bermain race card.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 15-5-2024 02:55 PM
bila kena pukul sampai mati nanti datanglah puak2 hitam atau type c bermain race card.

tak.. orng Melayu x main race card lg....bukti..prk kkb...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti pemegang kad oku..kejap je lepas…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 03:01 PM | Show all posts
Masa tengok video I ingatkan kes ni dekat MEX. Johor rupanya. Ni yang Indian driver tunjuk peace tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 03:03 PM | Show all posts
ptg2 pun mabuk...br balik office party ke hapa..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bebas dh pun dgn jaminan polis
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kena langgar dgn orang mabuk atau lori mesti orang melayu… dah ramai dh melayu terkorban n pembunuh lepas
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 03:49 PM | Show all posts
vanillaninja replied at 15-5-2024 03:01 PM
Masa tengok video I ingatkan kes ni dekat MEX. Johor rupanya. Ni yang Indian driver tunjuk peace tu  ...

haah, sakit hati nengok tersengih buat peace.

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingtkn ada kad Oku
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 15-5-2024 01:56 PM
Lg kes driver mabuk. Bahaya org mabuk drive bai...

mabuk arak  jer pon..lain la kalo lalok pastu langgar pakis pi semayang...yg tu 'sesalah sesangat tu'...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah penunggang kad oku?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts

Semoga dipermudahkan urusan adik ini dan family. Kesian,nak balik jaga makayah dia pulak kena langgar.
Celaka betul pemandu mabuk ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
archilless replied at 15-5-2024 03:44 PM
Kalau kena langgar dgn orang mabuk atau lori mesti orang melayu… dah ramai dh melayu terkorban n pe ...

ada la mat lalok langgar mati pakis...lencun kena maki ngn acik porem...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2024 05:38 PM | Show all posts
Atlet kayak masih di ICU, selesai jalani pembedahan

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -jalani-pembedahan/

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
15 Mei 2024, 5:30 pm


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Mohd. Hairi Mad Shah menyampaikan sumbangan dari kerajaan Johor dan Persatuan Kanu Johor kepada ibu Masyitah Md Elias, Saloma Ramli sambil diperhatikan oleh Muhammad Safiq Md Elias di Hospital Colombia, Iskandar Puteri disini. -Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Md Elias kini berada dalam unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini selepas selamat menjalani pembedahan tulang pelvis dan bahagian bahu kanan.

Perkembangan terkini atlet wanita berusia 22 tahun itu dimaklumkan abangnya, Muhammad Syafiq, 29, ketika ditemui di perkarangan hospital swasta itu hari ini.

Katanya, adiknya perempuannya itu selamat menjalani pembedahan tersebut dan berada dalam keadaan stabil.

“Buat masa ini, doktor yang merawatnya memaklumkan Masyitah selamat menjalani pembedahan tulang pelvis dan tulang bahu yang patah.

“Cuma bahagian luka besar di bahagian bahu kiri dan bahagian pinggang belum buat kerana belum ada perbincangan dengan doktor pakar lagi, dan dijangka akan menjalani pembedahan plastik selepas ini,” katanya ketika ditemui di hospital hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan pelajar semester enam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan itu terlibat kemalangan di Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur (EDL), Sabtu lalu.

Kemalangan itu berlaku setelah anak kelima daripada lapan beradik itu dirempuh pemandu mabuk dan diseret sejauh kira-kira 100 meter.-KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
mudanya... ada lagi adik2 3 org ... tapi ayah dah sakit buah pinggang. Kesian
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.062855 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list