CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4399|Reply: 18

‘Semoga Kita Tak Berada Dalam Golongan ‘Terpaling’ – Naim Daniel Kena Kecam, Dituduh ‘Backup’ Rakan Artis?

[Copy link]
Post time 13-5-2024 10:55 PM | Show all posts |Read mode




Isu boikot barangan berkaitan Israel antara yang menjadi perhatian di negara ini terutama selepas berlaku peperangan kejam ke atas Palestin.


Menerusi ciapan di X, pelakon dan penyanyi Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin menyelar tindakan segelintir individu yang didakwa melakukan boikot namun menghakimi mereka yang tidak melakukannya.


"ung pang kau suruh orang boikot itu ini atas nama Islam. Tapi kau jatuh hukum sendiri, hina orang yang tak/belum berbuat demikian macam kau tak belajar adab dalam agama untuk jangan melampau.


"Bocor ke tak bocor Islam kau? Semoga kita tak berada dalam golongan “terpaling”."


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kesal dengan kenyataan pelakon drama Project High Council itu dan mendakwa dia sedang mempertahankan rakan-rakan seindustri yang mempromosikan produk berkaitan dengan Israel.


"Terpaling? Terpaling apa? Better lagi dalam golongan terpaling daripada golongan yang promote produk Yahudi sebab duit. Sekurang-kurangnya kami buat benda yang korang tak mampu buat."


"Terpaling selebriti dan influencer yang tone deaf memang patut pun kena boikot. Orang tengah marah, nak bantu pergi perang tak boleh. Tak boleh influence tak apa, but don’t endorse. Ingat, peminat dan orang awam yang support kerjaya korang. Jangan terlalu sombong."


"Lucu mamat ni, back up member ke tu?"


Bagaimanapun, tinjauan OhBulan! mendapati Naim sudah pun memadam ciapan tersebut.


Terdahulu,susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin di serang oleh tentera Israel, ramai pengguna media sosial melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.


Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Mereka meluahkan rasa kecewa berikutan ramai artis tempatan yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot.


Warganet juga dilihat kesal berikutan selebriti-selebriti tersebut didakwa masih lagi giat mempromosikan barangan berkaitan dengan Israel.


Sumber: X Naim Daniel/OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 12:38 AM | Show all posts
biasala tu... deme pun boikot ikut2 orang je tu... boikot pun pilih2 brand tertentu sajork... hak masing2 ler tapi sebok nak judge orang lain suruh boikot apa yg dia boikot... prfttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 07:45 AM | Show all posts
cancel jelah retis retis malaysia ni...terpaling berbakat..terpaling pejuang industri padahal sampah
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 08:45 AM | Show all posts
jah d boikot x?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Thuglife replied at 14-5-2024 12:45 AM
jah d boikot x?

.
.
.
yg x boikot benak je...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 08:54 AM | Show all posts

di boikot nama antra tersenaraigigih skrng kat ig cakap pasal gaza

haritu diam sikit sebb kena promote dior/lancome

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2024 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hasniey at 14-5-2024 11:58 PM

Eleh sbb boikot ni la menggelupur masing2 up pasal Palestine
Kalau tak dah brbulan2 syp je
Org boikot artis xsama mcm boikot product.
Cuma block je kan.followers turun tu je.
So?hak masing2 la nak follow sapa
Tibe si naim ni memekak psl bil api air dah knp?kalau org follow dia bil api air follower dia byr ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis2 ni kan suka claim terpaling art, terpaling berbakat perjuangkan seni.
Celah mana perjuangkan seni mcm ni? Cakap masing2 semua nak terpaling.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 02:11 PM | Show all posts
Betul la dia cakap. Banyak sgt manusia feeling2 terpaling ahli sorga hentam artis2 yang dalam list tu. Nak boikot, boikot la. Perlu ke maki hamun? Ni siap maki hamun dan ugut retis yang tak ikut apa yg dia suruh
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau ni dari dulu berlakon tetap muka macam orang asli. Tak glowup langsung makin keladak ade lab.. Tgk merqeen tu, dulu cam myamar tak mandi, sekarang dah mcm abg jepun.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang top top meletup macam Siti Nurhaliza & Fazura pun no problem update pasal Palestin hari hari. Makhluk picisan dalam industri macam kau fefeeling top star pulak nak sound orang. Sedih bila orang tak cukup akal bagi komen
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 09:11 PM | Show all posts
duit bro duit..

sponsor la dia..

dia dah mandul idea nak buat lagu baru
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 11:21 PM | Show all posts
Aduhai, Nadhir Nasar dah created the path pun the right way macam mana nak respon/komen pasal kempen blockout ni, takkan retis yang selalu komen macam pandai tak reti follow.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 14-5-2024 09:04 AM
Eleh sbb boikot ni la menggelupur masing2 up pasal Palestine
Kalau dah dah brbulan2 syp je
Org boiko ...

Naim ni rude, tak suka aku.. Dia ni negative vibes kuat dan terserlah
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 14-5-2024 02:11 PM
Betul la dia cakap. Banyak sgt manusia feeling2 terpaling ahli sorga hentam artis2 yang dalam list t ...

Ada ke yg kene ugut? Maki hamun cacian perlian sindiran dari netijen dah lama dah ada sebelum 7 oktober lagi sebelum blockout lagi. Wahai sekalian public figure retis ka influenzah ka, korang tahu kan dunia tipu-tipu dan mainan socmed ni, tak kebal tak kuat silala masuk gua dan tutup acct..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
chanthik replied at 14-5-2024 07:57 PM
Yang top top meletup macam Siti Nurhaliza & Fazura pun no problem update pasal Palestin hari hari. M ...

Hehehe... Amek kau.. Sedas... Kena betul komen ni dgn retis2 yg menyalak pasal blockout kat x tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 11:32 PM | Show all posts
iraizz replied at 14-5-2024 11:24 PM
Naim ni rude, tak suka aku.. Dia ni negative vibes kuat dan terserlah

Personally I rasa dia ok. Bila jumpa dia sopan and he's a very attentive listener. Cuma dia outspoken. Dia cakap je apa yg dia nak cakap


Rasanya ramai org tak suka artis outspoken sebab diorang selalu rasa artis2 ni bodoh/bimbo. Dah stereotype siap2 dalam otak.

So bila ada artis yang bersuara isu semasa ke apa, atau cuba nak defend diri sendiri, diorang akan anggap artis tu menyibuk, perasan bagus etc etc. Sebab diorang takleh comprehend apa yang sedang diperkatakan


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 11:32 PM | Show all posts
iraizz replied at 14-5-2024 11:28 PM
Ada ke yg kene ugut? Maki hamun cacian perlian sindiran dari netijen dah lama dah ada sebelum 7 ok ...

pergi la tgk kat IG naim tu. post latest dia. Ada yg ugut nak sembelih mak bapak dia bagai. lepas kena call out, hilang terus account

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 14-5-2024 11:32 PM
pergi la tgk kat IG naim tu. post latest dia. Ada yg ugut nak sembelih mak bapak dia bagai. lepas  ...

Oo budak2 gila la tu.. Ntah hapa hapa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.062333 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list