View: 13955|Reply: 12
|
Tebang segera pokok berisiko di KL- Dr. Zaliha
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan mengambil tindakan segera dengan menebang pokok berisiko di Kuala Lumpur susulan insiden pokok tumbang yang berlaku di ibu negara tadi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, DBKL juga diarahkan menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang selain menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi.
“Susulan insiden pokok tumbang hari ini yang hanya berselang seminggu dari insiden di Jalan Sultan Ismail, saya mengarahkan DBKL mengambil tindakan segera menebang pokok berisiko tinggi di Kuala Lumpur.
“DBKL juga diarahkan untuk menambah baik Pelan Pengurusan Pokok Rendang dan menyediakan garis panduan baharu berkaitan pokok berusia atau berisiko tinggi yang dijangka siap pada Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Dr. Zaliha berkata, garis panduan baharu berkaitan pokok berusia dan berisiko tinggi itu bagi memastikan insiden yang sama tidak lagi berulang dalam jangka masa panjang.
“Bagi memastikan kelestarian alam terus dijaga dan diberi perhatian, DBKL perlu memperincikan program penggantian semula pokok.
“Ia termasuk meneliti kaedah-kaedah bagi memastikan pokok tersebut utuh dan selamat untuk jangka masa panjang,” jelasnya.
Terdahulu, kejadian pokok tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Finance di ibu negara petang tadi nyaris menimpa kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
Bagaimanapun, beliau dan kenderaan jenis Lexus 350 yang dinaikinya selamat.
Menurut Pegawai Media Ab. Rauf, Shahnor Samsudin, ketika kejadian, rombongan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara sedang melalui kawasan tersebut untuk menghadiri urusan rasmi di ibu kota.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Pokok tumbang tu satu hal. Yg bukit bukau dlm kl korang gondolkan utk bina kondo mcm mana plak. Alasan dbkl dah jual pd pemaju. Hello??? |
|
|
|
|
|
|
|
Pokok2 ni penting jgk - nk setup/redupkan area, tp kena cari yg sesuai. Tp apa yg sesuai pun aku x tau. Bonsai renek2 je kot. Yg ni ada pro n cons - pro dia klu tnm bnyk atas divider tgh boleh jd natural barrier ( yela klu ada kereta nk terbabas xde la sodok g arah lain, langgar pokok dulu) tp at same time klu besar2 bonsai nya- bersusun , tanam kt
divider tgh lak tu, boleh hadkan pandangan klu nk belok masuk simpang 4. |
|
|
|
|
|
|
|
Gantikan pokok tua dengan pokok muda. Pilih spesis lain yang tak berdahan besar, contohnya pokok bucida ke. Pokok ni naik menegak |
|
|
|
|
|
|
|
Tu semua pokok raintree tu..hujan2...mmg besar pokok2 ni..seram tengok dlm gambar tu |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 14-5-2024 07:05 AM
Gantikan pokok tua dengan pokok muda. Pilih spesis lain yang tak berdahan besar, contohnya pokok buc ...
Bucida bukan menegak..dia mengembang... |
|
|
|
|
|
|
|
tukar jer kot ke pokok bunga kertas ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
pokok tukar 1 hal. yg bangunan byk sgt memacak kt Malaysia ko tarah gunung bukit sana sini pon salah 1 punca banjir n struktur tanah x kukuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
seram tiap kali balik dr kerja...sekarang tiap petang hujan, asal drive dok pandang pokok kat ats...dahlah ofis i olls ni area byk pokok tua... |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 14-5-2024 07:05 AM
Gantikan pokok tua dengan pokok muda. Pilih spesis lain yang tak berdahan besar, contohnya pokok buc ...
jangan la ko menyindir YB2 tu semua.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tadi pon bangkem balik rumah driving dalam hujan..
Seramnyer lalu bawah pokok2 besar tua terutamanya kat jalan ampang tu
Sepanjang jalan, bangkem tak lekang berdoa agar sempat merasai zaman kegemilangan chatgpt |
|
|
|
|
|
|
|
sejak kejadian pokok jatuh tu kn..
bila lalu bwh pokok..kebetulan lampu tl merah..kita pulak bebetul bwh pokok...seram...
daun tu pulak dk ebrterbangan sehelao dua kt keta kita...takut sgt nk tunggu lampu tkr hijau |
|
|
|
|
|
|
|
la tered lama..beria i reply. |
|
|
|
|
|
|
| |
|