View: 17795|Reply: 13
|
Bukan Raja Azura nikah, satu Malaysia kena ‘scam’
[Copy link]
|
|
“Bukan Raja Azura yang berkahwin.”
Demikian penjelasan sumber terdekat pasangan mempelai yang mengesahkan persandingan dikongsi pelakon dan pengacara terbabit adalah majlis orang lain.
Pencerahan itu sekali gus menangkis spekulasi perkahwinan Raja Azura atau nama sebenarnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 53, seperti dikongsikan dalam Instagramnya malam tadi.
Difahamkan, pernikahan itu membabitkan kerabat Diraja Perak, Raja Muzaffar Idris Shah Raja Izzuddin Iskandar Shah Al-Haj.
Sementara itu, video dalam TikTok milik @saifalsagoff atau Syed Saif Alsagoff turut menujukan mengucapkan tahniah kepada pengantin sebenar iaitu sepupunya, Raja Muzaffar dan isteri.
Menerusi video dikongsikan, pasangan mempelai sedondon mengayakan persalinan rona putih pada hari bahagia mereka.
Selepas itu kelihatan Raja Azura mengetuai pembawa dulang hantaran masuk ke dalam dewan diikuti pengantin perempuan bersama keluarganya.
Kemudian, video tersebut menunjukkan kembali wajah raja sehari duduk di atas pelamin ketika acara berlangsung.
Pengantin lelaki juga dikatakan merupakan saudara terdekat kepada Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku.
Malam tadi, Raja Azura memuat naik video seakan-akan dia yang bernikah sehingga ramai percaya selebriti serba boleh itu kembali bergelar isteri orang selepas 14 tahun menjanda.
Menerusi video yang kini meraih lebih 800,000 tontonan, aktres tersebut memakai baju kurung putih sambil berjalan menuju ke pelamin.
Kapsyen ditulis pada video yang tular itu turut menguatkan lagi spekulasi hatinya kembali dimiliki insan bergelar suami.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.
“Kepada yang selalu mendoakan, dari sendirian kini telah berdua. Terima kasih yang Allah,” tulisnya.
Menjengah ruangan komen, netizen mengakui terhibur dengan kekecohan dicetuskan pelakon terbabit yang disifatkan sarat plot twist.
“Satu Malaysia kena scam dengan Kak Engku,” kata seorang pengikut laman berkenaan.
“Dengan aku sekali kena tipu,” ujar netizen lain.
Begitupun, usaha Kosmo! Online mendapatkan maklum balas Raja Azura belum berhasil apabila panggilan tidak dijawab.
Sebelum ini Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga dengan anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff iaitu Adzmin Osman pada Mac 2001.
Namun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 28 September 2010.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 22; Megat Luqman Hakim, 21; dan Puteri Mia Maizura,19.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Benda tak pasti, tapi berebut memasing nak keluarkan artikel, hanya berdasarkan gambar dan caption dari ig... yang semua pun tahu kebanyakannya semua content... ntah hapa²...
Pergilah interview, dasar reputz pemalas... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul kak engku ada jodoh, didoakan semoga bahagia berkekalan ke hujung nyawa |
|
|
|
|
|
|
|
lah bukan ke. yg pengantin tu nikah pun berkemban jugak ke. mmg trend ye skrg nikah pakai baju ala2 berkemban |
|
|
|
|
|
|
|
Yg meols selalu jumpa, anak dara pgg bunga duk kat pelamin sorg2..acah2 tunang atau tgu bakal somi. Pdhal dia dtg umah org kwen. Skrg ni mak jan rajin prank konon dia lah pengantin. Dua2 kes saja rela nak tunjuk kat org diri tu desperado sgt dah ni. Cepat la jodoh dtg..gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Ngengada la gossip cam gini..yg tuan bdn pon sajeee je ngundang kontrobasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Parit.Hilton at 12-5-2024 02:18 PM
depa dah call. tak angkat, whatsapp tak reply.
tuan punya badan pun buat caption mengundang sungguh. mana la org tak anggap dia yg kawin.
kalau buat caption "tahniah kepada pasangan mempelai, moga ikatan ini kekal hingga syurga. Terima kasih jemput kami meraikan hari istimewa ini" takdak sapa pun speku dia pengantin.
|
|
|
|
|
|
|
|
Patutlaaaaa
Hati aku yg itam likat ni punyaaaalah merentan. Sampai berombak2 dada meols sentap dgn Nekje Azura. Iyolah, comel jgk pantin lelaki nu hah! Aku siap terdetik, ehh apsal dia dpt jantan muda daan handsome ni?
Syukur Alhamdulillah.. Kini setelah tau cerita sebenar, meols rasa bahagia dan reda hati meols skrg.
Kembali ke warna asal dah hati meols |
|
|
|
|
|
|
|
Parit.Hilton replied at 12-5-2024 02:16 PM
depa dah call. tak angkat, whatsapp tak reply.
tuan punya badan pun buat caption mengundang sunggu ...
Lain Kali wartawan buat dek je tang status retis retis takde class nih...making berusia makin xde class pulak nampaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 12-5-2024 09:49 PM
Patutlaaaaa
Hati aku yg itam likat ni punyaaaalah merentan. Sampai berombak2 dada meols ...
Boleh je... kalau kutip penjenayah tapi court kes settle belakang, mmg boleh dpt yg hensem muda bergaya siap ada title lagi.. contoh joyrempahratus |
|
|
|
|
|
|
|
memang style nampak bahu ke sekarang nih?
|
|
|
|
|
|
|
|
aneh2 retis malaysia nih, yang kawin cerai diam tak berkutik, dan ada pulak buat spekulasi acah2 nak bertunang kahwin bagai. hujung2 salah netijen fitonahhhhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|