CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4868|Reply: 0

Keputusan tinggalkan West Ham tepat- Moyes

[Copy link]
Post time 11-5-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode

DAVID Moyes ketika meraikan kejayaan menjulang Piala Konferens Eropah bersama West Ham musim lalu. FOTO Agensi

London: Pengurus West Ham United, David Moyes akui keputusan meninggalkan kelab itu pada hujung musim ini adalah langkah tepat dan baik untuk kedua-dua pihak.

Terdahulu, bekas pengurus Manchester United dan Everton berusia 61 tahun itu disahkan oleh West Ham akan meninggalkan kelab itu atas persetujuan bersama.

Pengurus Sepanyol, Julen Lopetegui dijangka menggantikan Moyes.

"Saya benar-benar selesa dengan keputusan itu, saya selesa dengan Lembaga Pengarah dan semuanya baik-baik saja," katanya yang berasal dari Scotland itu.


"Saya sudah lama berjauhan dengan keluarga, dan banyak perbincangan dilakukan. Saya fikir ia adalah keputusan yang tepat untuk kedua-dua pihak. Saya akan meninggalkan kelab selepas empat musim yang cemerlang di sini.

"Saya suka bola sepak, dan saya mahu kekal terlibat dalam bola sepak. Saya sudah melatih dan menguruskan lebih 1,000 perlawanan, kebanyakannya di Liga Perdana di mana ramai pengurus yang baik datang dan pergi," katanya lagi.

Moyes melakar sejarah unik buat kelab itu musim lalu apabila membantu West Ham menjuarai Piala Konferens Eropah di mana ia adalah trofi pertama pasukan sejak memenangi Piala FA pada 1980.

The Hammers ketika ini menduduki tangga kesembilan carta EPL dengan 49 mata. Aksi terakhir musim ini adalah berdepan juara bertahan Manchester City pada 19 Mei ini.

"Kami masih berusaha untuk menamatkan saingan liga dengan baik, dan jika kami dapat menamatkan saingan dalam kelompok 10 teratas itu adalah sesuatu yang sangat baik untuk kami," katanya

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... est-ham-tepat-moyes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.364354 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list