CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3938|Reply: 1

Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron

[Copy link]
Post time 7-5-2024 02:43 PM | Show all posts |Read mode




RANTAU PANJANG: Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.

Timbalan Komandernya, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, rondaan menggunakan kereta perisai jenis Commando V150 itu susulan insiden letupan yang berlaku di Selatan Thailand pada 29 April lalu.

"Rondaan tersebut masih berterusan sehingga hari ini bermula dari Pos Ular di Pengkalan Kubor (Tumpat) sehingga ke Pos Ibrahim Pencen, Rantau Panjang.

"Ini merupakan usaha mengembalikan keyakinan orang awam terhadap tahap keselamatan di sempadan," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Menurut beliau, selain itu ia dapat memberi gambaran kesiapsiagaan Briged Tenggara melalui Pasukan Gerakan Am berdepan sebarang ancaman.

Ujarnya, pada masa sama unit dron turut digerakkan untuk membuat pemantauan dan mengesan sebarang pergerakan berkait ativiti rentas sempadan.

Sumber - Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 03:47 PM | Show all posts
selatan thai ni dah berpuluh tahun perang macam palestin israel tapi tak berapa dapat liputan kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.415326 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list