View: 18627|Reply: 3
|
Israel pindahkan 100,000 orang dari timur Rafah
[Copy link]
|
|
TEL AVIV – Tentera Israel menyakan hari ini bahawa pihaknya sedang memindahkan kira-kira 100,000 penduduk Palestin dari timur Rafah menjelang serangan darat ke atas bandar berhampiran sempadan Mesir tersebut.
“Anggarannya sekitar 100,000 penduduk,” kata seorang jurucakap tentera kepada pemberita ketika ditanya jumlah orang yang dipindahkan.
Kira-kira 1.2 juta orang kini berlindung di Rafah, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dengan kebanyakan mereka melarikan diri dari tempat-tempat lain di Gaza sepanjang perang tujuh bulan antara Israel dan kumpulan Hamas.
“Pemindahan ini sebahagian daripada rancangan kami untuk membubarkan Hamas,” tambah jurucakap sama.
Semalam seramai tiga askar Israel terbunuh dan 12 lagi cedera, kata pihak tentera selepas bedilan roket dilancarkan ke arah lintasan sempadan Kerem Shalom di antara Israel dan Semenanjung Gaza.
Tentera Israel menyatakan, berpuluh-puluh bedilan roket itu berasal dari kawasan berhampiran Rafah. – AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MrBriteSide at 7-5-2024 12:10 AM
menyakan tu apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingergrumpy at 7-5-2024 03:51 AM
Displacing the people(dgn alasan mengalihkhen ketempat selamat) and these palestinians will eventually NEVER get to come back...to their homes...
See yall punya yahuuds |
|
|
|
|
|
|
| |
|