CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1100|Reply: 2

Michelle Yeoh dianugerahkan ‘Medal of Freedom’ daripada Joe Biden

[Copy link]
Post time 4-5-2024 04:38 PM | Show all posts |Read mode

MICHELLE Yeoh menerima anugerah daripada Presiden AS, Joe Biden di White House, semalam.

WASHINGTON – Empat dekad beraksi dalam seni lakon, bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dianugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) daripada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden di White House, Washington, semalam.

Menariknya, anugerah tersebut diberikan kepada Michelle atau sebenarnya Michelle Yeoh Choo Keng, 61, impak keberkesanan wataknya sebagai Evelyn Wong dalam naskhah Everything Everywhere All at Once kepada khalayak seluruh dunia.

Biden, 81 dalam ucapannya berkata, lakonan berkesan Michelle dalam filem terbabit berjaya memecahkan stereotaip meliputi jantina, budaya dan bahasa.

Bukan itu sahaja, Biden percaya Michelle telah memberikan banyak inspirasi kepada orang ramai dengan sumbangannga melalui dunia lakonan.

“Tidak kira di dalam mahupun luar skrin, Michelle berjaya meleburkan stereotaip dan siling kaca sekali gus memperkaya serta meningkatkan budaya Amerika.

“Lakonannya melangkaui jantina, budaya dan bahasa. Daripada seni mempertahankan diri, sehinggalah ke genre komedi romantis serta sains fiksyen, semua itu memberi refleksi bahawa segalanya mempunyai persamaan dan hubungkait.

“Sebagai pelakon Asia pertama memenangi Oscar merangkap pelakon terbaik, dia merapatkan budaya bukan sahaja untuk menghiburkan, tetapi juga memberi inspirasi kepada sekian ramai orang. Tahniah!,” katanya.

Selain Michelle, terdapat 18 individu yang turut mendapat pingat tersebut, antaranya ahli politik Nancy Pelosi, bekas Senator Elizabeth Dole, bekas Naib Presiden Al Gore, Setiausaha Negara John Kerry dan mantan Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg.

Pada 23 Mac 2023, Michelle mencipta sejarah apabila menjadi wanita Asia dan Malaysia pertama memenangi Anugerah Oscar kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem tersebut. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... daripada-joe-biden/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 08:49 AM | Show all posts
errr dia ni artis malaysia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah datuk michelle
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.272596 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list