View: 17056|Reply: 84
|
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas jika tidak alih kepada tenaga mampan - Rafizi
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang sekiranya terus bergantung kepada komoditi itu tanpa usaha mempercepat peralihan kepada tenaga lebih lestari.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata pada tahun lepas Malaysia mengimport kira-kira 25 peratus gas bagi memenuhi keperluan negara ekoran kekurangan pengeluaran sumber asli seperti minyak dan gas.
"Saya kira tidak ramai yang tahu bahawa kita telah mula mengimport gas. Bagi tahun ini, saya ingat, dijangkakan sehingga kira-kira 30 peratus daripada gas adalah import dan keadaan ini akan berterusan.
"Oleh itu, kita perlu memaklumkan perkara sebenar kepada rakyat (walaupun) hakikat ini menyakitkan," katanya ketika menjadi ahli panel dalam program 'Minister's Conversation' (Bicara Menteri) 2024 Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, hari ini.
Menjelaskan selanjutnya, Rafizi berkata pengeluaran minyak mentah negara pada masa ini amat rendah iaitu sekitar 400,000 tong sehari berbanding 700,000 tong sehari pada 20 tahun lepas.
Malah, jika tiada sebarang tindakan dibuat menjelang 2050, beliau berkata Malaysia akan bergantung sepenuhnya kepada tenaga gas import yang akan hanya meningkatkan kos sara hidup.
Menyentuh dividen daripada Petronas, beliau berkata langkah pengambilan setiap RM1 dividen berkenaan turut memberi kesan kepada syarikat minyak dan gas negara itu, termasuk mengurangkan kemampuan kewangannya bagi mencari telaga minyak baharu.
Selain itu, Rafizi turut berkongsi beberapa cabaran untuk menstruktur semula ekonomi negara yang tidak dapat dilaksanakan dengan hanya membuat kerangka ekonomi.
"Sebaliknya, ada perkara yang perlu dilepaskan...tidak mungkin keadaan seperti biasa. (Pertamanya) keputusan perlu dibuat bagi memastikan keadaan tidak semakin buruk.
"Kedua, sebarang perubahan daripada status quo, memerlukan perubahan minda dan budaya yang tidak mudah bagi sesebuah negara yang mempunya pandangan serta amalan sedemikian sejak berdekad lamanya," katanya.
Ketiga, katanya, sesuatu dasar yang digubal perlu dibuat dengan mengambil pendekatan menyeluruh dan menyaksikan pelbagai cabaran termasuk soal kemampuan kewangan dan keboleklaksanaan terutamanya dari segi meningkatkan skalanya.
"erkara keempat dan menjadi cabaran besar adalah untuk menyelaras serta memastikan tahap perubahan yang sama untuk semua dan setiap peringkat (pelaksanaan) bagi pihak berkepentingan," katanya.
Rafizi berkata apa yang penting adalah penjawat awam perlu sedia maklum bahawa kerajaan perlu menekankan untuk membangunkan program-program ekonomi sesuai dengan penerimaan dan kumpulan sasaran.
"(Kita juga perlu memastikan) wang yang kerajaan laburkan nanti memberi kesan dan membuahkan hasil...bukan setakat beri peruntukan, tetapi akhirnya berjaya seperti dirancang," katanya.
Sumber - BERNAMA/AstroAwani |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tiba masa untuk MY bina loji tenaga elektrik nuklear. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kau cakap dulu masa pak lah buat langkah sama utk imbangkan perbelanjaan gomen masa Rega minyak donia jejak 150 dollar setong?
Venezuela. Venezuela. Venezuela.
PETRONAS hak rakyat.. bukan utk PETRONAS simpan modal utk pelaburan.
Prffthhh |
|
|
|
|
|
|
|
Formula terbaru ker ni
Formula yg dulu bila nk laksanakan |
|
|
|
|
|
|
|
Ko sendiri mengaku orang minyak, petronass byk minyak siap blh tambah subsidi lg..mmm.. apa ke vangang nk import gas, formula mana? |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun rafiji menteri lembik, at least selalu keluarkan formula2 |
|
|
|
|
|
|
|
menteri formula dah habis idea nk buat kira2
setakat sembang je la
tindakan apa?
lamanya nak tunggu next pru |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya kira tidak ramai yang tahu bahawa kita telah mula mengimport gas"
Yup. This is news to us. Import dari mana?
LNG dari Bintulu tu laju ja ke Jepun dan Korea. yang masuk ikut Changloon dari Thailand tu actually dari Kelantan tumpang lalu ikut Songkhla kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 3-5-2024 08:00 PM
Ko sendiri mengaku orang minyak, petronass byk minyak siap blh tambah subsidi lg..mmm.. apa ke vang ...
For so many years keperluan gas semenanjung hampir keseluruhannya datang dari offshore Terengganu dan Kelantan. Siap ada export ke Singapore lagi. Lojik ja sampai satu ketika supply dah tak cukup since ~75% power gen guna gas. Ini legacy zaman atuk PM4 dulu lagi suruh power gen convert ke gas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 3-5-2024 11:16 PM
For so many years keperluan gas semenanjung hampir keseluruhannya datang dari offshore Terengganu ...
Tu skrg ni dh promot electric car.. kena pk akan dtg supply petrol pun makin berkurang dah |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat pengerang tue bukan buat gas jgk ke? Atau buat benda lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
We sell our gas for more $$$ kita import untuk guna $. Same goes for our crude oil. Kenapa nak terkejut thata how we make money. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 4-5-2024 09:52 AM
First of All tutup semua Janakuasa Gas Asli dan Janakuasa Arang Batu di seluruh Malaysia.
Hentikan import Arang Batu dari Indonesia dan Russia.
Gunakan Solar Power Plant (Janakuasa Tenaga Solar).
Cukup sekadar gas asli digunakan untuk memasak. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 3-5-2024 11:16 PM
For so many years keperluan gas semenanjung hampir keseluruhannya datang dari offshore Terengganu ...
Zaman Najib buat Portfolio Menteri Teknologi hijau tapi tambah Coal Power Plant lagi.
Kemudian import banyak² Arang Batu dari Indonesia sampai Indonesia jadi G20. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 4-5-2024 08:39 AM
We sell our gas for more $$$ kita import untuk guna $. Same goes for our crude oil. Kenapa nak ter ...
Dari jual dekat local dgn harga murah baik jual gas dekat negara2 yg sanggup beli dgn market price. Jual dekat local mcm kilang2 tempatan murah2 pun last2 kilang2 local kita declare rugi lepas tu ambik pekerja asing, haram takde value added langsung. Same goes to tnb, nak gas murah sebab tariff tak bleh naik, gaji top mgt ko punya la tinggi, service mcm hampeh |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha... ok lah... korang sembang dan bertekak lah dgn lapiji tu
Aku nak dok tepi mkn popcorn |
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn. replied at 4-5-2024 10:18 AM
Dari jual dekat local dgn harga murah baik jual gas dekat negara2 yg sanggup beli dgn market price ...
Our crude is too sweet for own use. Tapis tu paling mahal dlm dunia tapi tulah lama2 habis juga |
|
|
|
|
|
|
|
Eh hari tu kata terlebih jana elektrik sampai bak export ke spork |
|
|
|
|
|
|
|
lagi nak pakai EV.... stressed our electricity |
|
|
|
|
|
|
|
Aliaskotonggo replied at 3-5-2024 09:51 PM
walaupun rafiji menteri lembik, at least selalu keluarkan formula2
Formula x menjadi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|