CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1002|Reply: 0

[Kedah] Bekas wartawan sambilan BERNAMA terlantar terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA

[Copy link]
Post time 28-4-2024 07:22 PM | Show all posts |Read mode
Bekas wartawan sambilan BERNAMA terlantar terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA


April 28, 2024 @ 6:44pm



Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang BERNAMA, Arul Rajoo Durar Raj yang menziarahi Zulkifli turut menyampaikan bantuan Tabung Kasih@HAWANA di rumahnya di Taman Sri Mengkudu. - Foto Bernama




ALOR SETAR: Nasib bekas wartawan sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Zulkifli Ibrahim, 71, yang kini terlantar selepas diserang penyakit saraf mendapat perhatian pengurusan tertinggi agensi berita itu yang menziarahinya, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang BERNAMA, Arul Rajoo Durar Raj yang menziarahi Zulkifli turut menyampaikan bantuan Tabung Kasih@HAWANA di rumahnya di Taman Sri Mengkudu di sini.


Che Salmiah Ismail, berkata suaminya diserang penyakit itu kira-kira 15 tahun lalu namun masih mampu bergerak sebelum beransur-ansur lemah dan tidak boleh bergerak sejak beberapa tahun lalu.

"Masa mula-mula diserang penyakit saraf tu boleh lagi bergerak, kemudian lama lepas itu dah tak mampu bergerak, dia beritahu lutut dia sakit, lepas tu bawa ke hospital dan mereka cakap dia menghidap sakit saraf.

"Dia ada darah tinggi, sakit lain dia tidak ada, sekarang rasanya dah terlantar hampir enam tahun," katanya.

Che Salmiah berkata, suaminya pernah berkhidmat dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan kini bergantung kepada pencen, selain menerima bantuan zakat untuk perbelanjaan harian.

"Alhamdulillah, dia ada pencen boleh tampung keperluan dia untuk beli ubat, lampin pakai buang dan keperluan lain… mak cik uruskan semua untuk dia... kami pun tinggal berdua sahaja, anak ada seorang kerja di Johor," katanya.

Che Salmiah turut merakamkan penghargaan atas keprihatinan pengurusan Bernama yang sudi menziarahi suaminya dan menyampaikan sumbangan yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka.

Zulkifli, yang juga penerima ke-58 bantuan Tabung Kasih@HAWANA, pernah berkhidmat sebagai wartawan sambilan agensi berita itu selama kira-kira 15 tahun mulai awal 1990-an.

Tabung itu, yang diwujudkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, bertujuan menyantuni wartawan dan petugas media sama ada yang masih berkhidmat atau sudah bersara, yang uzur atau memerlukan bantuan.– BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.051860 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list