CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1027|Reply: 0

Hakim Danish kotakan janji di Jerez

[Copy link]
Post time 28-4-2024 04:40 PM | Show all posts |Read mode

Hakim Danish (kiri) selepas kejayaan pada Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup dekat Sepanyol. - Foto ihsan ZK Racing

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh!.

Itu laungan diungkap pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli selepas mengotakan janji untuk menamatkan Pusingan 1 Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup yang berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol di pentas podium.

Pelumba berusia 17 tahun itu nyata memiliki semangat membara apabila menunjukkan saingan sengit pada Perlumbaan 2 yang berlangsung sebentar tadi dengan memimpin perlumbaan namun pelumba Sepanyol, Alvaro Carpe berjaya memintas Hakim Danish di saat akhir untuk terlebih dahulu melintasi garisan penamat.

Hakim Danish menamatkan perlumbaan di tempat kedua, 0.006 saat (s) di belakang Carpe yang melengkapkan saingan dengan catatan keseluruhan terpantas 25 minit 40.711s untuk muncul pemenang manakala Brian Uriarte (Sepanyol), berada di pentas podium ketiga.


"Hari ini saya gembira kerana dapat kembali ke podium," kata Hakim yang pada penampilan pertamanya musim lalu pernah menduduki tempat ketiga di Pusingan 1 Perlumbaan 2 di Litar Algarve, Portugal.

"Pada perlumbaan tadi, saya hampir menang tetapi tidak mengapa, kerana saya akan terus berusaha dengan lebih baik selepas ini. Bagi saya, perlumbaan tadi sangat pantas dan ia satu persaingan yang sukar.

"Apapun, saya cuba mengikut rentak, kekal fokus dan (hasilnya) saya berjaya berada dalam kelompok pelumba di hadapan. Tentunya saya gembira dan akan menantikan perlumbaan yang akan datang. Malaysia boleh!."

Dengan kejayaan itu, Hakim Danish kini melonjak ke kedudukan kelima carta keseluruhan pelumba dengan mengumpul 27 mata selepas menamatkan Perlumbaan 1 semalam di tempat kesembilan.

Pusingan 2 bagi musim 2024 selepas ini dijadual berlangsung di Litar Le Mans, Perancis pada 11 dan 12 Mei ini sebelum Litar Mugello, Itali menjadi venue bagi pusingan ketiga dari 1 hingga 2 Jun.
https://www.bharian.com.my/sukan ... akan-janji-di-jerez
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.056660 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list