CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1061|Reply: 0

Pertengkaran Salah, Klopp lebih curi tumpuan

[Copy link]
Post time 28-4-2024 12:08 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah dilihat bertengkar dengan pengurusnya Jurgen Klopp di tepi padang sebelum masuk menggantikan Luis Diaz pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang West Ham United di Stadium London malam tadi. – Foto REUTERS

LONDON: Mohamed Salah menafikan percubaan Jurgen Klopp untuk mengendurkan pertengkarannya di tepi padang dengan pemain sayap itu apabila berkata akan ada "api kemarahan" jika dia berhenti bercakap selepas cabaran Liverpool memburu kejuaraan dijejaskan dengan satu lagi tamparan ketika seri 2-2 di West Ham.

Salah, yang digugurkan selepas kekalahan Liverpool pada pertengahan minggu di Everton, kelihatan marah ketika dia menanti untuk tampil dari bangku pemain simpanan di Stadium London.

Bintang Mesir itu bertindak balas selepas Klopp, pasukannya memburu gol kemenangan lewat selepas mensia-siakan pendahuluan 2-1, cuba bercakap dengannya.

Insiden itu berakhir apabila Darwin Nunez, seorang lagi pemain gantian, terpaksa masuk campur meleraikan Salah daripada pengurus Liverpool itu.

Klopp, yang dijangka akan digantikan oleh jurulatih Feyenoord, Arne Slot pada hujung musim ini, tidak mahu memperbesar-besarkan insiden itu.



Pemain Liverpool, Harvey Elliott (tengah) kelihatan kecewa selepas penyerang West Ham United, Michail Antonio menjaringkan gol penyamaan pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium London malam tadi. – Foto REUTERS
"Kami bercakap mengenainya dalam bilik persalinan dan saya sudah menyelesaikannya," katanya.

Ditanya jika Salah sedia untuk menerimanya, Klopp menambah: "Itulah yang saya fahami."

Namun Salah tidak kelihatan gembira apabila dia berjalan melepasi wartawan ketika keluar dari stadium itu. Dia enggan melayan temu ramah dan berkata: "Akan ada satu api kemarahan hari ini jika saya bercakap."

Ia satu lagi hari yang mengecewakan buat Liverpool dengan harapan mereka untuk mengejar Arsenal dan Manchester City kelihatan sukar selepas catatan satu kemenangan dalam lima perlawanan.

Mereka ketinggalan dua mata di belakang Arsenal, yang beraksi kurang satu perlawanan dan satu di belakang City, yang beraksi kurang dua perlawanan berbanding Liverpool.


Pertahanan Liverpool, Andrew Robertson (kiri) meledak gol pertama pasukannya menentang West Ham United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium London malam tadi. – Foto REUTERS
Klopp enggan untuk mengalah namun beliau tidak kelihatan terlalu yakin.

"Adakah mereka (Arsenal dan City) kelihatan akan kalah dua atau tiga perlawanan?" kata Klopp.

"Saya tidak fikir begitu. Saya tidak marah. Tulis apa saja yang anda mahu mengenainya. Saya tidak memikirkan mengenainya. Hanya kami perlu menang perlawanan bola sepak dan lihat apa maknanya pada hujung nanti.

"Kami mengumpul 75 mata, kemungkinan 84 dan saya fikir ia satu sasaran yang bagus untuk cuba melakukannya. Itulah sikap dan pemikiran saya dan kita akan lihat apa maknanya. Tidak lama dulu seseorang muncul juara dengan 84 mata. Maaf saya tiada berita yang lebih bagus." – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -lebih-curi-tumpuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.255065 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list