CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 920|Reply: 0

[Jenayah] JIM gempur sembilan premis gaji warga asing

[Copy link]
Post time 28-4-2024 07:21 AM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.

Pengarahnya Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata kesemua mereka berusia antara 20 sehingga 55 tahun ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Beliau berkata operasi bermula jam 9 pagi semalam sehingga 2 pagi ini melibatkan lima premis makanan, sebuah hotel bajet, dua kedai serbaneka serta sebuah premis perindustrian.

Katanya serbuan dibuat berdasarkan hasil pemantauan dan risikan oleh Bahagian Penguatkuasa JIM Perak di kesemua lokasi berkenaan.

"Kesemua mereka terdiri daripada lapan lelaki warga Bangladesh, enam lelaki dan empat wanita warga Indonesia, 10 lelaki dan dua wanita warga Myanmar, empat lelaki dan seorang wanita warga China dan tiga lelaki warga India," katanya dalam kenyataan malam ini.

Dalam operasi itu, seramai 20 pegawai Imigresen telah memeriksa 80 warga asing dan 35 orang tempatan, katanya.

Beliau berkata warga asing yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63, iaitu masuk dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama iaitu telah tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas yang dikeluarkan.

Katanya, mereka turut disiasat mengikut Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang dikeluarkan.

Menurutnya kesemua warga asing itu dibawa ke Depot Imigresen Ipoh di sini untuk siasatan dan tindakan lanjut.

GAMBAR hiasan. FOTO Pexels.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.189784 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list