CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 856|Reply: 0

[Tempatan] Unit kecemasan Hospital KKB dinaik taraf bulan depan

[Copy link]
Post time 28-4-2024 07:19 AM | Show all posts |Read mode
Hulu Selangor: Pembinaan hospital baharu di Kuala Kubu Bharu (KKB) dilihat bukan penyelesaian yang dapat membantu penduduk di kawasan itu.

Sebaliknya, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelbagai proses naik taraf bakal dilakukan termasuk meningkatkan perkhidmatan serta menambah doktor pakar.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum keluhan yang dialami penduduk berhubung perkara itu dengan mengambil contoh ketiadaan pakar di Jabatan Kecemasan sehingga perlu dirujuk ke Hospital Selayang, terutama dalam kes kemalangan.

"Antara usaha penambahbaikan itu termasuk menaik taraf unit kecemasan dengan menempatkan seorang doktor pakar kecemasan bermula bulan depan.

"Kita sudah ada seorang pakar perubatan am di sini (sejak Januari). Selain itu, kita juga akan menaik taraf unit farmasi dan kawasan parkir awam.

"Perkara ini akan dilaksana berterusan bukan sahaja di KKB tetapi juga hospital di negeri dan kawasan lain yang berdepan masalah sama termasuk juga Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Tentunya ada banyak perkara yang perlu perhatikan dan kita sudah merancang dengan begitu rapi. Paling penting adalah meningkatkan perkhidmatan di hospital dan itu adalah cabarannya," katanya, hari ini .

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja ke Hospital KKB, di sini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin.

Pada masa sama, Dr Dzulkefly menegaskan adalah penting untuk memastikan keperluan sumber manusia hospital yang mencukupi dan adalah cabaran buat KKM.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan berlaku peningkatan trend pelawat ke Hospital KKB berbanding pasca Covid-19.

"Ini menunjukkan sudah ada sudah ada keinginan dan kepercayaan warga di sini yang mahu atau pun bersedia mendapat rawatan daripada hospital ini.

"Selalunya kalau hospital tak ada pakar, pesakit punya persepsi tak nak pergi. Tetapi sekarang kita sudah ada pakar dan saya rasa itu antara sebab peningkatan pelawat ke sini dan ini satu isyarat yang baik tanpa perlu pergi ke Hospital Selayang," katanya.

     
    
    


Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad beramah mesra dengan pesakit ketika lawatan ke Hospital Kuala Kubu Bharu. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.732751 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list