CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 806|Reply: 0

[Tempatan] Kilang proses minyak sawit terbakar

[Copy link]
Post time 28-4-2024 07:18 AM | Show all posts |Read mode
PASIR GUDANG: Sebuah kilang memproses minyak sawit milik Sime Darby Plantation Bhd di kawasan perindustrian Pasir Gudang di sini musnah 40 peratus dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.19 pagi.

Beliau berkata, sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dan Johor Jaya bergegas ke lokasi kejadian.

"Kebakaran di tingkat dua bangunan jenis struktur kekal berkeluasan 100x100 kaki yang mengakibatkan kemusnahan 40 peratus," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman mengambil masa empat jam dan tamat sepenuhnya pada 12. 29 tengah hari.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan dan kejadian tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa," katanya.

Kebakaran di kilang memproses minyak sawit Sime Darby di Pasir Gudang. - Foto Ihsan Bomba





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.256487 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list