CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 765|Reply: 0

[Jenayah] Mahkamah Turkiye sabit kesalahan ke atas wanita Syria berkait insiden pengeboman Istanbul

[Copy link]
Post time 28-4-2024 07:18 AM | Show all posts |Read mode
ISTANBUL: Mahkamah Turkiye hari ini menjatuhi hukuman penjara seumur hidup kepada seorang warga Syria, Ahlam Albashir, berkait insiden pengeboman pada 2022 yang mengorbankan enam orang di jalanan di pusat beli belah utama Istanbul.

Enam warga Turkiye, dua orang dari setiap satu daripada tiga keluarga, terbunuh dalam serangan pada 13 November 2022.

Letupan itu turut mencederakan kira-kira 100 orang di jalan yang sibuk dan dipenuhi pembeli serta pelancong.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Albashir, yang sebelum ini dikenal pasti oleh polis sebagai orang yang bertanggungjawab meletakkan bom itu.

Kes itu turut membabitkan lebih 30 defendan lain. Empat daripada mereka dibebaskan dari penjara hari ini, sementara mahkamah memerintahkan 10 defendan dibicarakan secara berasingan ekoran individu itu tidak dapat dikesan.

Dua puluh defendan lain dijatuhi hukuman penjara antara empat tahun hingga seumur hidup.

Daripada 20 orang itu, enam orang dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana menggugat perpaduan dan integriti negara serta membunuh dengan sengaja.

Turkiye menyalahkan militan Kurdish atas insiden letupan itu serta menegaskan arahan serangan di Istiklal Avenue itu dikeluarkan di Kobani di utara Syria, lokasi di mana tentera Turkiye menjalankan operasi terhadap militia Kurdish Syria sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kumpulan militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang menjadi penentang kepada Turkiye, menafikan terbabit dalam serangan itu.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab.

Istanbul pernah diserang sebelum ini oleh militan Kurdish.

Siri pengeboman dan serangan lain bermula di seluruh negara apabila gencatan senjata antara Ankara dan PKK gagal pada pertengahan 2015.

Lebih 40,000 orang terbunuh dalam konflik PKK dengan Turkiye sejak kumpulan militan itu mengangkat senjata pada 1984.

Ia dianggap sebagai pertubuhan pengganas oleh Turkiye, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS). - REUTERS

Ambulans dan polis di tempat kejadian selepas letupan di jalan Istiklal yang sibuk dengan pejalan kaki di Istanbul, Turkiye. - Foto REUTERS





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.305396 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list