CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 503|Reply: 1

[Tempatan] KKM tetap dengan keputusan pinda Akta Perubatan 1971

[Copy link]
Post time 27-4-2024 09:45 PM | Show all posts |Read mode
Hulu Selangor: Kementerian Kesihatan (KKM) kekal dengan keputusan untuk meminda Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bagi menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata hasil sesi libat urus menyeluruh dilakukan KKM bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mendapati sememangnya ada keperluan untuk melakukan pindaan berkenaan.

Beliau berkata pihaknya juga telah mendapatkan pandangan dari aspek perundangan daripada Jabatan Peguam Negara.

"Siapa sahaja boleh beri pendapat, namun KKM dan KPT berpendirian sama dalam hal ini selaras dengan rumusan kajian dan libat urus yang amat komprehensif dilakukan secara bersama, jadi kita akan bentang memorandum cadangan pindaan ini kepada Jemaah Menteri tidak lama lagi.

"Ini proses yang kita buat bagi menyelesaikan kemelut, penetapan ke atas ketidaktentuan kedua-dua program itu serta bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan di fasiliti kesihatan kerajaan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Hospital Kuala Kubu Baharu (KKB) di sini hari ini.

Awal bulan ini Dzulkefly berkata KKM akan mengangkat cadangan kepada Jemaah Menteri untuk menyegerakan pindaan Akta 50 selewat-lewatnya pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 pada Jun dalam usaha memastikan pakar perubatan yang telah menamatkan latihan mereka di bawah PPP akan didaftarkan dan diiktiraf.

Namun perkara itu tidak dipersetujui Kumpulan Profesor Kesihatan dan Perubatan dengan Ketuanya Profesor Dr Noor Hassim Ismail berkata jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan boleh diselesaikan tanpa perlu meminda Akta 50.

Mengulas lawatannya ke Hospital KKB, Dzulkefly berkata hasil penambahbaikan perkhidmatan di fasiliti kesihatan di hospital itu antaranya dengan menempatkan pakar perubatan am sejak Januari lalu telah berjaya mengurangkan kesesakan di Hospital Selayang.

"Sebelum ini tiada pakar di sini, jadi penduduk Kuala Kubu Baharu banyak ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan.

"Tidak setakat itu sahaja, bagi memperkasa perkhidmatan kesihatan di KKB ini, kita jangka seawal Mei ini akan diwujudkan jabatan kecemasan (kini hanya ada unit kecemasan) dengan dilengkapi pakar rawatan kecemasan," katanya.

GAMBAR hiasan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan parti PPP (Pundek Pundek Pundek) pimpinan Muhammad Kayveas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.097405 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list