CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 1

[Jenayah] Semua tangki air dikategorikan aset JANS dipantau

[Copy link]
Post time 27-4-2024 09:33 PM | Show all posts |Read mode
Putatan: Kerajaan negeri sentiasa melaksanakan pemantauan ke atas semua tangki air dikategorikan sebagai aset di bawah selenggaraan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata, orang ramai serta pihak berkaitan juga haruslah membezakan kategori aset di bawah jabatan air atau pemilikan individu.

"Oleh itu, kerjasama jitu antara pelbagai pihak termasuklah penduduk dan pihak pengurusan kawasan perumahan amatlah diperlukan sekiranya berlaku sebarang permasalahan membabitkan tangki air di kawasan masing-masing.

"Mungkin terdapat kelemahan dalam budaya penyelenggaraan kita. Perkara ini yang harus diperbaiki.

"Bagaimanapun, setakat ini bekalan air terawat yang dihasilkan loji-loji rawatan air JANS adalah selamat dan menepati piawaian seperti ditetapkan," katanya ketika ditemui media sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Ahli Parlimen Putatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Keramat di Dewan Sri Putatan, dekat sini, hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail; isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salaq dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan sebuah tangki air utama sedang melalui proses penyelenggaraan.

Video itu menunjukkan keadaan dalaman tangki terbabit dipenuhi karat dan tercemar.


FOTO HIASAN



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mere yanna tangki satti kurayya marpudel kilometer kalalla

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050545 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list