CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 489|Reply: 0

[Tempatan] ‘Kepada pelajar jangan tahan lapar, saya belanja’

[Copy link]
Post time 27-4-2024 09:09 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Kebaikan seorang peniaga di salah satu gerai makan di Kolej Dahlia, UiTM Puncak Alam mahu membelanja makanan kepada pelajar mengundang perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian hantaran yang tular di media sosial itu, penjual berkenaan memberitahu perkara tersebut dengan menampal kertas pada dinding untuk dibaca oleh semua penuntut.

“Kepada pelajar, kalau tiada duit langsung nak makan dan minum, jangan tahan lapar, bagitau saya atau staff-staff, saya belanja.

“Kalau malu atau segan boleh ke belakang untuk cakap, saya pun pernah jadi pelajar,” katanya.

Berdasarkan hantaran yang dikongsi, makanan percuma ini ikhlas diberikan kepada mereka yang betul-betul sedang mengalami masalah kekurangan duit.

Sementara itu, gerai yang bernombor empat itu dikatakan menjual minuman dan makanan ringan yang bergoreng seperti nugget.

Rata-rata pengguna media sosial media memberi komen yang positif dan terharu dengan tindakan tersebut.

“Mungkin tuan kedai niat nak berniaga bantu pekerja. Dia pun dah banyak duit, tak kisah sangat dengan untung. Sebab itu dia niat nak belanja pelajar,” komen @Faiz kamaruddin.

“Sebak baca ayatnya, kita dulu pun banyak ikat perut dan kena kerja separuh masa siang dan malam. Terima kasih wujudkan orang yang baik, semoga tuan kedai dimurahkan rezeki,” komen @Irdina.

“Harap tak ada yang ambil kesempatan atas kebaikan tuan kedai ini.” Komen @wawa. – KOSMO! ONLINE

Notis yang ditampal di gerai tersebut memaklumkan pelajar yang sedang mengalami masalah kewangan boleh datang ke gerai tersebut untuk dibelanja makan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.267833 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list