CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 462|Reply: 0

[Tempatan] Gempar MPV terbakar depan sekolah rai jamuan Aidilfitri

[Copy link]
Post time 27-4-2024 09:08 PM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM – Suasana sambutan jamuan Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Alam di sini, bertukar kecoh apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di hadapan jalan utama sekolah itu terbakar hari ini.

Kebakaran kira-kira pukul 1.30 petang itu turut terkena sebuah kenderaan lain yang berada di tepi jalan tersebut.

Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Rashid, 39, berkata jalan di Persiaran Setia Prima ketika itu mengalami kesesakan kerana menunggu lampu isyarat.

“Tidak lama kemudian saya mendapati sebuah Toyota Alza dipandu seorang lelaki tiba-tiba terbakar sehingga menyebabkan pengguna lain panik.

“Pada waktu itu, pemandu sebuah Perodua Aruz yang berada dalam sekolah bagi jamuan hari raya dilihat segera berlari mengalihkan keretanya yang nyaris disambar api lebih teruk,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian.

Tinjauan mendapati ibu bapa pelajar turut mengalihkan kenderaan ke kawasan selamat dan laluan itu mengalami kesesakan teruk.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar ketika dihubungi berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong bergegas ke lokasi kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan pukul 1.36 tengah hari.

“Pemeriksaan mendapati api sedang marak memusnahkan tiga kilang di kawasan perindustrian tersebut. Kebakaran yang memusnahkan sepenuhnya Avanza itu bagaimanapun berjaya dikawal dan tiada kecederaan mangsa dilaporkan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Keadaan MPV yang terbakar di hadapan SK Setia Alam, Shah Alam, hari ini. -Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO!



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.048537 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list