CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 736|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program

[Copy link]
Post time 27-4-2024 07:52 PM | Show all posts |Read mode
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program

27 April 2024 07:30pm








Fadhlina bersama pelajar-pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Han Chiang bergambar di atas menara Curtis Crest di The Habitat semasa melawat Rizab Biosfera UNESCO Bukit Bendera di sini hari ini. Foto Bernama




GEORGE TOWN - Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, menurut pindaan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan (KPM) Bilangan 9, lawatan murid pada masa ini dibenarkan hingga dua kali setahun bagi setiap murid mengikut keperluan dan kesesuaian.



"Kita bagi kebenaran untuk guru-guru merancang lawatan anak-anak. Sebelum ini setiap sekolah hanya dua kali setahun tetapi sekarang setiap anak murid dibenarkan dua kali, jauh beza.

"Kita mahu anak-anak kita mengikuti pembelajaran di luar kelas supaya perspektif, pengalaman dan kemahiran mereka dapat (diwujudkan) di luar kelas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Pulau Pinang di Bukit Bendera di sini hari ini.



Fadhlina yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) berkata, KPM dalam proses untuk memperkenalkan semula Tapak Warisan Dunia di bawah UNESCO dalam kalangan murid sekolah.

Beliau berkata, setakat ini, KPM telah membuat program lawatan ke Tapak Warisan Dunia UNESCO di Banda Hilir, Melaka diikuti Pulau Pinang hari ini dan seterusnya ke Sabah serta Sarawak.

Beliau yakin program lawatan tapak warisan dunia bukan sahaja meningkatkan minat murid terhadap sejarah, tetapi juga Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) memandangkan biodiversiti antara tajuk yang perlu dikuasai murid.

SPI garis panduan berkenaan yang dipinda pada 16 Jun lepas dan berkuat kuasa serta-merta, memberi penjelasan tentang tatacara pelaksanaan aktiviti lawatan murid.


Garis panduan berkenaan terpakai bagi peringkat pendidikan prasekolah hingga peringkat pendidikan lepas menengah selain institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM juga disaran untuk merujuk garis panduan itu.

Garis panduan itu juga menjelaskan lawatan murid sekolah yang dirancang hendaklah diadakan untuk program akademik atau kokurikulum, pertandingan atau perkhemahan, lawatan sambil belajar atau program dan aktiviti lain yang ditentukan pelulus. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.390772 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list