CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2672|Reply: 3

Jernih jangan disangka air

[Copy link]
Post time 23-3-2011 09:24 AM | Show all posts |Read mode
oleh MUHAMMAD ZAKI RAMLI

DARI sudut perubatan, kemalangan yang menimpa mangsa terbabit boleh dikategorikan dalam kes kelecuran kimia. Kelecuran kimia berlaku apabila tisu hidup terkena bahan mengkakis seperti asid atau bes kuat.


Seperti bentuk kelecuran dan kebakaran lain, kelecuran kimia juga boleh menyebabkan kerosakan tisu yang teruk.
Namun, bezanya ialah tiada sumber haba pada kelecuran kimia dan kadang kala ia berlaku dengan sekelip mata sejurus bahan kimia menyentuh tisu hidup.


Ada juga bentuk kelecuran kimia yang tidak disedari dengan serta merta.

Selain kelecuran kimia, terdapat beberapa bentuk kelecuran lain yang diklasifikasikan mengikut sumber yang menyebabkan masalah tersebut iaitu haba, kuasa elektrik, cahaya, radiasi dan geseran.


Kebanyakan jenis kelecuran akan menyebabkan kecederaan pada epidermis, iaitu bahagian luar kulit.

Namun, ada juga jenis kelecuran yang melibatkan bahagian dalam tisu tubuh seperti otot, tulang dan pembuluh darah.
Kelecuran juga boleh diklasifikasikan mengikut sedalam mana ia berlaku. Kedalaman merujuk kepada bahagian tisu tubuh yang tercedera akibat punca kelecuran.


Klasifikasi mengikut kedalaman kelecuran ini dipecahkan kepada empat kategori.


Sistem klasifikasi yang hingga kini digunakan ini diperkenalkan oleh pakar bedah dari Perancis, Ambroise Pare.
Kelecuran darjah pertama melibatkan lapisan paling luar pada kulit sahaja, iaitu epidermis.


Bahagian yang melecur pada tahap ini menunjukkan simptom kemerahan dan memberikan rasa sakit namun tiada komplikasi akibat kelecuran tersebut.
Ia mengambil masa selama lebih kurang seminggu untuk pulih.

Kelecuran darjah kedua pula agak sukar dibezakan dengan kelecuran darjah ketiga. Kelecuran darjah kedua mendatangkan rasa sakit yang melibatkan kelecuran hingga lapisan dermis luar (papilari) dan lapisan dalam (retikular) dermis.

Kelecuran darjah ketiga pula melibatkan keseluruhan lapisan dermis yang terkandung pelbagai reseptor (saraf).
Kedua-dua darjah kelecuran ini sukar dibezakan kerana darjah kedua boleh merebak kepada darjah ketiga walaupun rawatan awal sudah diberikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2011 09:25 AM | Show all posts
Reply 1# chewan


   
Sekiranya ini berlaku, ia bukan sahaja boleh menyebabkan jangkitan setempat atau pun selulitis. Malah ia boleh menyebabkan pembentukan parut dan kontraktur, iaitu pengecutan otot yang berterusan walaupun tiada rangsangan diberikan.
Untuk memulihkan komplikasi berkenaan, pembedahan memotong bahagian yang cedera dan penggantian kulit mungkin perlu dijalankan.


Untuk pulih, kelecuran kedua-dua tahap ini mengambil masa berminggu-minggu.

Bagi kelecuran darjah ketiga pula, walaupun lebih teruk daripada tiga darjah yang lebih awal, ia tidak pula menyebabkan rasa sakit. Ini kerana hujung saraf yang berfungsi menghantar mesej rangsangan sakit kepada otak telah rosak akibat kelecuran tersebut.
Kelecuran darjah ketiga menyebabkan komplikasi parut, kontraktur dan lebih teruk mungkin menyebabkan bahagian yang terjejas perlu dipotong.

Darjah kelecuran yang paling teruk, kelecuran darjah keempat bukan sahaja melibatkan bahagian kulit melecur, malah tisu subkutaneus dan lapisan otot dan tulang di bawah lapisan dermis dan epidermis juga turut terjejas.
Ia mendatangkan komplikasi seperti amputasi dan kehilangan sebahagian fungsi tubuh.

Tidak seperti darjah pertama dan kedua, tekstur kelecuran darjah keempat adalah kering manakala tekstur kelecuran darjah pertama dan kedua pula adalah lembap. Tekstur kelecuran darjah ketiga pula boleh jadi kering seperti kelecuran darjah keempat, dan boleh jadi juga keras keliatan.

Dalam kes yang disebutkan, mangsa telah disimbah dengan asid yang menyebabkan kelecuran pada bahagian yang terkena asid.
Tiada sumber berita yang memetik darjah kelecuran yang ditanggung oleh mangsa. Namun ia cukup teruk hingga menyebabkan mangsa pada awalnya enggan pergi ke sekolah dan kini pembedahan sudah bermula dan pembedahan susulan akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.
Yang menariknya ialah bagaimana cecair jernih yang seolah-olah tidak membahayakan boleh menyebabkan kelecuran seteruk itu?
Cecair jernih yang dikenal pasti sebagai asid oleh ibu mangsa seawal waktu kejadian telah menjadi punca kepada kelecuran teruk yang ditanggung oleh anak mangsa.
Sebenarnya terdapat banyak jenis asid dan kegunaannya juga pelbagai seperti cuka yang terdapat di dapur (istilah kimianya asid asetik), di dalam bateri kereta (asid sulfurik) dan yang digunakan untuk membuat kek (asid tartarik).
Asid boleh ditemui dalam bentuk cecair, larutan ataupun pepejal.


Gas seperti hidrogen klorida juga boleh menjadi asid.
Malah, di dalam tubuh kita juga terdapat asid.


Contohnya ialah asid gastrik yang terdapat di dalam perut yang berfungsi dalam proses pencernaan makanan.
Walaupun antara bahan kimia yang menyebabkan kelecuran kimia ialah asid kuat, namun bukan semua asid boleh menyebabkan kelecuran sekiranya terkena pada mana-mana bahagian tubuh.


Ini benar khususnya bagi asid lemah yang pHnya menghampiri skala neutral.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2011 09:26 AM | Show all posts
Reply 2# chewan


   
Tahap kelecuran yang disebabkan oleh asid berkait rapat dengan beberapa faktor seperti nilai pH, kepekatan asid, panjang masa terkena asid, isipadu asid, dan bentuk fizikal asid sama ada pepejal, cecair ataupun gas.

Asid mungkin tidak mengkakis bekas yang mengisinya, namun apabila terkena pada kulit manusia contohnya, kesannya boleh kekal hingga akhir hayat tidak kira dalam bentuk fizikal iaitu parut dan amputasi mahupun dalam bentuk psikologi akibat tekanan.
Asid pada fitrahnya bersifat neutral, namun cara manusia menggunakannya yang menjadikan asid itu baik ataupun tidak.

Jika asid digunakan untuk menjalankan tugas-tugas harian seperti dalam proses menghasilkan getah sekerap untuk menampung kehidupan rumahtangga, ia menjadi perkara yang mulia.


Namun, jika asid disalahgunakan untuk mencederakan orang lain, malah lebih teruk menyebabkan orang lain kehilangan nyawa, ia tidak sepatutnya dilakukan apatah lagi kepada darah daging sendiri.

Sudah pasti kita sedia maklum bahawa perkataan "an-nar" yang bermaksud neraka, dan istilah-istilah lain yang merujuk perkara yang sama banyak kali diulang di dalam al-Quran.


Ia pada umumnya memberi peringatan agar manusia berbuat baik, melakukan perkara-perkara yang dibenarkan dan mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang agar tidak terjerumus ke dalam api neraka ketika hari perhitungan.

Antaranya ialah ayat ke 56, surah an-Nisa' yang terjemahannya seperti yang berikut:
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Namun, pernahkah kita terfikir mengapa bentuk hukuman yang melibatkan kelecuran yang dipilih oleh Allah untuk menghukum manusia yang ingkar ketika di alam barzakh? Lebih teruk lagi, bukan sahaja sahaja dibakar satu kali, malah kulit yang sudah melecur dan masak hangus digantikan dengan yang baharu supaya azab dirasakan secara berterusan.

Jika diteliti, ini sealiran dengan kenyataan bahawa kelecuran pada tahap yang teruk, iaitu darjah ketiga dan keempat, tiada lagi rasa sakit kerana lapisan dermis yang mengandungi pelbagai reseptor sudah hangus.
Jadi, kulit yang sudah melecur akan digantikan dengan yang baharu dan dibakar lagi hingga terbakar dan melecur.
Namun, ini bukan bermaksud apa-apa yang berlaku di neraka adalah sama seperti yang ada di dunia kerana sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui, tetapi gambaran yang Allah berikan dalam ayat-ayat-Nya sepatutnya cukup untuk menggambarkan betapa peritnya azab dan seksaan di neraka.


Justeru, kita perlu mengambil iktibar daripada gambaran yang Allah berikan dan mengelakkan diri daripada melakukan sebarang dosa kecil mahupun besar - termasuk melukakan anak dan ahli keluarga sendiri.

crdt tu utusan online
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 12:49 PM | Show all posts
ibarat lagu dan irama..begitew jugak dgn acid dan atom hidrogen dan dlm setiap molekul acid musti hade,...at least 1 atom Hidrogen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053823 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list