CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 664|Reply: 0

[Kedah] Penyebaran ajaran sesat, pesong akidah disekat

[Copy link]
Post time 27-4-2024 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Penyebaran ajaran sesat, pesong akidah disekat




Oleh Noorazura Abdul Rahman - April 27, 2024 @ 4:43pm  bhnews@bh.com.my




Penyebaran ajaran sesat, pesong akidah disekatTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Mahabbah Aidilfitri di Maahad Tarbiyah Islamiah Derang, Pokok Sena, Alor Setar. - NSTP/NOORAZURA ABDUL RAHMAN




ALOR SETAR: Kerajaan sentiasa memastikan penyebaran ajaran sesat dan fahaman menyeleweng akidah umat Islam di negara ini disekat daripada menular.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata pihaknya turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta agensi penguatkuasaan lain dalam menangani isu berkaitan.

"Pendekatan memberi pencerahan dan kefahaman kepada masyarakat digerakkan oleh pelbagai agensi termasuk agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Kita perlu saling melengkapi dalam menjalankan penguatkuasaan undang undang dan memberi kefahaman kepada masyarakat," katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Mahabbah Aidilfitri di Maahad Tarbiyah Islamiah Derang, Pokok Sena, hari ini.

Beliau diminta mengulas isu agensi mubaligh tertentu yang dikatakan menyebarkan fahaman di media sosial terutama TikTok sehingga ada imam di luar negara didakwa mengisytihar diri mereka murtad.

Zulkifli berkata, pihaknya tiada menerima aduan kejadian sedemikian di negara ini.

Sehubungan itu, katanya, adalah penting bagi program dakwah Islam terus diperkasa.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.062577 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list