CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1424|Reply: 4

[Tempatan] JPA saran ketua jabatan lakukan pemeriksaan mengejut, serah laporan 2 kali setahun

[Copy link]
Post time 27-4-2024 02:33 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Ketua jabatan sektor awam baik Persekutuan atau negeri disaran melakukan pemeriksaan mengejut di jabatan masing-masing, dengan laporan mengenainya perlu diserahkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, dua kali setahun.

Wan Ahmad melalui Surat Edaran Peningkatan Kualiti Penyampaian dan Perkhidmatan Yang Berintegriti bertarikh 18 April lalu berkata, selain tarikh lawatan mengejut, laporan dikemukakan pada Jun dan Disember setiap tahun perlu juga mengandungi dapatan hasil lawatan serta tindakan penambahbaikan pencegahan yang diambil.

Surat edaran yang turut dikongsi di laman sosial Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu ditujukan kepada semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan persekutuan, setiausaha kerajaan negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Selain memastikan pengurusan waktu bekerja berintegriti dalam kalangan kakitangan awam, pemeriksaan mengejut itu juga boleh dilakukan ketua jabatan untuk mengetahui realiti di kaunter perkhidmatan.

Dalam konteks pengurusan waktu bekerja berintegriti, Wan Ahmad berkata keberadaan serta pelaksanaan tugas pegawai awam di tempat kerja hendaklah dipantau secara teratur oleh ketua jabatan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan sentiasa berada pada tahap yang optimum.

"Ketidakpatuhan etika kerja seperti menggunakan media sosial yang tidak berkaitan dengan tugas rasmi, bermain permainan secara dalam talian atau tindakan keluar pejabat tanpa kebenaran untuk urusan peribadi pada waktu bekerja hendaklah dihentikan.

"Ketua Jabatan perlu mengambil tindakan untuk membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan amalan-amalan negatif seperti ini tidak berlaku di jabatan masing-masing," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan mengejut juga boleh dilaksanakan untuk melihat realiti di kaunter perkhidmatan untuk memastikan perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik.

"Tindakan segera perlu diambil terhadap mana-mana pegawai yang tidak mengamalkan etika perkhidmatan kaunter dan tidak melayan pelanggan secara mesra dan profesional.

"Selain meningkatkan perkhidmatan kaunter, ketua jabatan juga perlu menyemak dan menambah baik proses kerja, serta menimbangkan untuk menyediakan perkhidmatan dalam talian sepenuhnya," katanya.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri mengingatkan penjawat awam untuk terus menerapkan nilai yang baik dan mengekalkan prestasi cemerlang supaya dapat mengangkat martabat negara ke peringkat lebih tinggi.

Perdana Menteri berkata, biarpun negara kini sedang bergerak menggapai teknologi, pertumbuhan ekonomi, tenaga baharu dan transformasi digital, nilai yang baik perlu seiring dengan kemajuan terbabit.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata Perdana Menteri telah menetapkan iltizam kerajaan untuk melaksanakan islah dalam perkhidmatan awam terutama berkaitan elemen tatakelola dan integriti.

Penekanan kjepada perkara ini, katanya, adalah asas untuk memastikan perkhidmatan awam terus berfungsi sebagai tunjang kestabilan dan kesejahteraan negara.

"Ia memerlukan penjawat awam untuk berpegang kepada nilai-nilai murni yang diterjemahkan ke dalam bentuk komitmen, produktiviti dan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan setiap pegawai awam bahawa mereka telah menandatangani 'Surat Aku Janji' untuk mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta pekeliling-pekeliling dan arahan lain yang dikeluarkan dari semasa-ke semasa.

Wan Ahmad turut mengingatkan pegawai awam bahawa mereka wajar mengaplikasikan prinsip H.E.M.A.T iaitu akronim kepada Hijrah, Tatakelola, Empati, Rakyat Minda Pekin, Apresiasi Inovasi dan Telus Tadbiran.

"Secara umum prinsip ini mengkehendaki pegawai awam untuk sentiasa bernai berhijrah selaras tuntutan perubahan semasa.

"Ia dilaksanakan sejajar konsep Malaysia MADANI serta aspirasi 'the G.R.E.A.T Civil Servise bagi memastikan perkhidmatan awam sentiasa cekap, relevan dan berkesan," katanya.


Orang ramai berurusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ketua jabatan sektor awam baik Persekutuan atau negeri disaran melakukan pemeriksaan mengejut di jabatan masing-masing. - Foto hiasan NSTP/Hazreen Mohamad

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok lah pantau


Aku tak paham.apsal ramai plak staf2 buat tiktok joget2 kat tpt keje...

Especially time raya aritu.. alahai.. berlumba2 upload video menari kat ofis
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena kurangkan benda yang perlu buat di kaunter. Golongan muda lebih celik it dan prefer submit form online daripada perlu ambil cuti utk urusan kaunter.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketua jabatan nanti berat sebelah pulak. Baik suruh staf sispaa ka apa tu, yg utk public komplin pasai staf gomen tu, pi menyamar lps tu ambik video/ pix staf mengular buat bukti utk terminate staf gomen yg kuat mengulor tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ok jugak cdangan ni...setakat ni iollz berpuas hati la dgn perkhidmatan kaunter gomen... mngkin kena pndai psycho kot, greet dia elok2, bg salam selamat pagi tuan/puan... just be humble...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.138569 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list