CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 846|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki didenda RM900 gara-gara beli sekeping tiket loteri haram

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:51 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang lelaki didenda RM900 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret hari ini setelah mengaku bersalah atas tuduhan membeli sekeping tiket loteri haram.

Elvis Tang Kelabo, 29, telah didakwa mengikut Seksyen  9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dihukum di bawah seksyen yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah membeli sekeping tiket yang mengandungi lima catatan nombor ekor yang merupakan nombor loteri awam haram.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 5 petang, 23 April lalu di hadapan sebuah lot di Jalan Aru di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Randu Rangen, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.051657 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list