CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 634|Reply: 0

[Sarawak] Sokongan, galakan penting dalam proses didik anak

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:35 PM | Show all posts |Read mode


Dayang Noorazah (tiga kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar cemerlang sambil diperhatikan oleh Abdul Rahman (dua kanan), Roslan (dua kiri) serta yang lain.

SRI AMAN: Sokongan dan galakan penting dalam proses mendidik anak-anak, demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor.

Menurutnya, ramai pelajar yang berjaya dalam pelajaran mereka adalah hasil didikan cemerlang ibu bapa, guru dan pihak sekolah secara keseluruhan.

"Sebagai ibu bapa, kita harus memberikan galakan kepada anak-anak kita sehingga mereka mencapai apa yang mereka inginkan.

"Apa yang penting, apabila mereka sudah berjaya kelak, kita sebagai ibu bapa harus memberikan insentif kepada mereka sebagai pencetus semangat dan dorongan agar mereka lebih berjaya," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Majlis Apresiasi Seri Gamang 2022/2023 (ASGA) Pusat Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.

Dayang Noorazah menjelaskan, gaya kehidupan lapuk iaitu membelakangkan pendidikan perlu ditinggalkan, sebaliknya ibu bapa perlu mengiktiraf bahawa pendidikan adalah teras utama bagi melahirkan modal insan yang menyumbang kepada pembangunan negara.

"Tanpa ilmu pengetahuan sukar untuk kita mencapai kejayaan cemerlang. Pendidikan adalah kunci untuk menjamin kesenangan pada masa depan," tambahnya.

Sementara itu, Dayang Noorazah turut menyeru ibu bapa supaya menabung untuk kegunaan anak-anak pada masa hadapan, khususnya apabila mereka melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

"Kita sebagai ibu bapa seharusnya mengambil inisiatif untuk menabung sedikit wang bagi kegunaan masa depan anak-anak kita bermula dari sekarang.

"Kita tidak mahu kalau anak kita berjaya melanjutkan pelajaran kelak, mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi.

"Wang tabungan sedikit sebanyak pasti akan meringankan beban kita untuk membayar yuran pengajian mereka sementara menunggu pinjaman mereka diluluskan," jelasnya.

Tambahnya, terdapat segelintir ibu bapa tidak menghantar anak-anak mereka belajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta dengan alasan tidak mempunyai kewangan mencukupi.

"Jika menabung diamalkan sejak awal, kita percaya tiada masalah untuk merealisasikan hasrat anak-anak kita menjejakkan kaki ke menara gading.

"Wang untuk pendidikan ibarat pelaburan jangka panjang yang akan membawa keuntungan apabila anak-anak kita besar kelak," tambahnya.

Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman  Abdul Rahman Muhyiddin,  Pengetua SMK Sri Aman Roslan Mohamad Saini, Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Sri Aman Hamdan Juli,  EXCO Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sri Aman yang mewakil Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2023 Mostapha Tugo dan Penolong Kanan Kokurikulum Abdul Rahim  Nawawi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.046978 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list