CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 630|Reply: 0

[Sarawak] Kedai nyaris ranap, stor barang terpakai terbakar

[Copy link]
Post time 26-4-2024 06:29 PM | Show all posts |Read mode


Kebakaran stor yang berjaya dipadamkan sebelum merebak di sebuah premis barang terpakai di Taman Sri Sinong, Bintulu pada Jumaat.

BINTULU: Sebuah premis nyaris terbakar setelah stor untuk menyimpan longgokan barangan terpakai terbakar di Taman Sri Sinong di sini, pagi Jumaat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.36 pagi.

"Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati api sudah berjaya dipadamkan sendiri oleh pemilik premis dengan menggunakan satu unit alat pemadam api," katanya.

Beliau berkata, kebakaran tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana api berjaya dikawal daripada merebak.

Setelah pemeriksaan dijalankan dan tiada berlaku kebakaran berulang, pasukan bomba menamatkan operasi jam 11.14 pagi sebelum bertolak balik ke balai.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.046712 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list