View: 1157|Reply: 0
|
[Tempatan]
Dua ajal serentak, penunggang motor maut terlanggar kucing di Lipis
[Copy link]
|
|
Dua ajal serentak, penunggang motor maut terlanggar kucing di Lipis
Oleh AMNAN HIBRAHIM
Seorang warga emas maut selepas motosikal dinaikinya terlanggar seekor kucing sebelum terbabas dalam kejadian di Kilometer 29 Jalan Lipis-Merapoh di Kampung Kechau Tui, Lipis Pahang pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, dalam insiden pukul 11 pagi itu, mangsa, Azmi Budin, 62, meninggal dunia di tempat kejadian. Katanya, kucing yang terlibat dalam nahas terbabit turut mati akibat kemalangan tersebut.
"Ketika tiba di tempat kejadian, motosikalnya telah terlanggar seekor kucing melintas jalan lalu terbabas," katanya dalam satu kenyataan.
Ismail berkata, polis sedang menyiasat kejadian tersebut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Kita juga memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan," tambahnya.
Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2024...unggang-motor-maut-terlanggar-kucing-di-lipis
|
|
|
|
|
|
|
| |
|