View: 1746|Reply: 20
|
[Tempatan]
'Dah 2024...', rakyat tanya mana kelibat bas elektrik di Kelantan
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-4-2024 01:22 AM
'Dah 2024...', rakyat tanya mana kelibat bas elektrik di Kelantan
Oleh FREZELLA AMIL
Jumaat, 26 Apr 2024
2:34 PM MYT
Kelantan sebelum ini turut mahu mengikut jejak langkah beberapa negeri lain yang menggunakan bas elektrik sebagai pengangkutan awam. — Agensi
Malaysia menyaksikan lebih banyak pihak cuba meneroka perkhidmatan bas elektrik sebagai salah satu usaha untuk menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat.
Penggunaan bas tersebut mampu mengurangkan kos bahan bakar sekali gus menghapuskan asap karbon yang semakin banyak dihasilkan akibat peningkatan kenderaan di jalan raya.
Banyak negeri sudah memperkenalkan penggunaan bas tersebut antaranya Perak, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Sabah. Sama seperti negeri lain, Kelantan juga berhasrat menyediakan perkhidmatan bas elektrik kepada rakyatnya.
Kelantan pada 2017 pernah mengumumkan akan menyediakan bas elektrik dengan kemudahan 40 tempat duduk sebagai pengangkutan awam di bandar Kota Bharu, bermula tahun berikutnya.
Malah, sebuah bas jenis itu yang bernilai RM1.2 juta juga diimport dari China sebagai kajian untuk menentukan laluan sesuai dan lokasi penempatan stesen pengecasan.
Bagaimanapun, sehingga kini usaha pihak tertentu dalam menggunakan bas elektrik berkenaan dilihat belum ada sebarang maklum balas yang positif. Susulan itu, meninjau ruangan komen,
segelintir warga maya mula mempersoalkan mengenai kewujudan bas elektrik di Kota Bharu yang tidak mempunyai khabar sehingga hari ini.
"Sekarang dah tahun 2024, masih wujud lagi kah bas elektrik ni sejak dari 2017, baru-baru ni ada pergi Kelantan, tak pernah jumpa pun bas ni di jalan raya Kota Bharu," kata Nurul Aishah Junie Aishah June Nurul.
"Dah siap ke? Tahun lepas pergi Kota Bharu tiada nampak pun, nampak bas biasa saja," kata Anaksaribas Akab.
"Bas biasa pun dah berkarat, nak sembang pasal bas elektrik pula," kata Usry Norie.
Difahamkan, kelajuan maksimum bas itu adalah 80 kilometer sejam dan boleh dipandu sejauh 50 kilometer sekiranya dicas untuk tempoh 15 minit.
Sebahagian momen ketika bas elektrik menyediakan perkhidmatan percubaan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 2017
Berita asal https://majoriti.com.my/netzkorner/...t-tanya-mana-kelibat-bas-elektrik-di-kelantan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bas letrik utk ore kelate kat shah ale nu bear
|
|
|
|
|
|
|
|
huhu...mcm tak terjangkau je |
|
|
|
|
|
|
|
Gaji staff kerajaan negeri pun kerajaan persekutuan kena tolong bayar. Tak payah la berangan lebih..
PM jamin Kelantan sentiasa dalam perhatian Persekutuan - MB
Oleh
ASWANY OMAR
11 April 2024 02:29pm
PASIR MAS - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa memberi jaminan bahawa Kelantan dalam perhatian kerajaan Persekutuan.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, Perdana Menteri bukan sahaja menjaga keperluan wang ihsan untuk negeri ini malah perkara lain yang diperlukan.
Menurut beliau, wang ihsan sebenarnya bertujuan meringankan sebahagian tanggungan kerajaan negeri untuk pembayaran gaji penjawat awam iaitu sebanyak RM33 juta sebulan secara keseluruhannya.
"Justeru wang itu dapat membantu mengurangkan beban kerajaan negeri," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidifitri 1445/2024 di sini pada Khamis.
Tambah beliau, wang ihsan biasanya diberi sebanyak dua kali setahun iaitu pada April dan akhir tahun.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Kelantan merakamkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan yang menyalurkan wang berkenaan berjumlah RM58.6 juta minggu lalu.
Mohd Nassuruddin turut memberitahu, hubungan Kelantan dan Kerajaan Persekutuan juga erat sejak dahulu dan mengakui semua perkara boleh dibincangkan bersama.
Dalam pada itu, kata beliau, kerajaan negeri akan meminta rakyat meneruskan solat sunat istisqa jika kemarau berpanjangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Chopppp....
"Malah, sebuah bas jenis itu yang bernilai RM1.2 juta juga diimport dari China sebagai kajian untuk menentukan laluan sesuai dan lokasi penempatan stesen pengecasan." |
|
|
|
|
|
|
|
Waktu 2017, sedang mencari lokasi utk stesen pengecasan bas.
Lajak ke 2023, nak meretrofittingkan stesen bas yg sediada pun mencungap².
Yang dikejar tak dapat,
yang dipeluk berteraburan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat kl ni kat mana ada bas letrik? Awat aku tk tau pon? |
|
|
|
|
|
|
|
Transportation canggih/ terkini, CONNECTIVITY kalo macam see yal pun tak guna |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni pun bas henti2 syarikat Mutiara yg ambil alih. Masa pkp dulu kesian kepada pengguna sebab bas tak beroperasi. Tolong perkasakan dulu perkhidmatan bas henti2 ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Stesen bah pung mace reban aye..... |
|
|
|
|
|
|
|
KP Imigresen pun buat kenyataan membela sangat so called warganegara tapi tak fasih Bahasa Melayu pasal apa. Kalau ya pun nak tegur staff dia yang mungkin boleh handle situasi dgn lebih baik, why not selitkan sekali peringatan to be fair.
contohnya, "walaubagaimanapun, adalah diingatkan bahawa Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi digunakan di pejabat kerajaan. Justeru seluruh warga Malaysia disarankan untuk mengambil perhatian bagi perkara tersebut"
Ni tak, nak membela sangat golongan yang tak fasih cakap bahasa kebangsaan pasal apa. nak tunjuk hero sangat bela golongan yang tak bersyukur ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MarryPottet at 27-4-2024 01:28 AM
Bas letrik kat serambi ada superpower & boleh bergerak secara halimunan
Hanya mereka yg terbuka hijab boleh nampak & menaikinya
Bagi yg tertutup hijab, kena minum & mandi air karat bawah gertok 7 hari 7 malam berturut2 supaya terbuka hijab |
|
|
|
|
|
|
|
lebai....cam tu lah...kerja x jalan pon |
|
|
|
|
|
|
|
Role-playing games encourage Infinite Craft players to inhabit characters and imagine their motivations and actions, fostering creativity in storytelling. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 2024...masih xsedar2 kee? Masih nk mandinkencing ker? Xfhm2 aku |
|
|
|
|
|
|
|
semoga ada neraka khas untuk lobai penunggang agama |
|
|
|
|
|
|
|
MarryPottet replied at 27-4-2024 01:27 AM
Bas letrik kat serambi ada superpower & boleh bergerak secara halimunan
Hanya mereka yg terbuka hija ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Isley didahulukan.BMW diutamakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 28-4-2024 03:46 PM
krustykrab replied at 26-4-2024 06:58 PM
Kat kl ni kat mana ada bas letrik? Awat aku tk tau pon?
yg aku tau..cuma BRT dr stesen ktm setia jaya ke usj 7 jer.Tapi bebudak klang valley sembang cam 'semua bas elektrik jer'...atas jln klang valley ni.Mmmm........ |
|
|
|
|
|
|
| |
|