CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1349|Reply: 19

Bangladesh datang Malaysia pun boleh cakap bahasa Melayu – Akmal

[Copy link]
Post time 25-4-2024 10:22 PM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh memuji tindakan berani pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menghalang individu tidak mampu berbahasa Melayu membuat pasport.


Menurut beliau, tindakan itu menyedarkan realiti yang berlaku di Malaysia walaupun tiada peruntukan undang-undang mewajibkan warganegara perlu bertutur dalam bahasa Melayu sebagai syarat untuk membuat pasport.


“Tindakan pegawai imigresen itu perlu dipuji tambahan pula dengan kebanjiran warga asing ke negara kita semakin bertambah. Mereka perlu memastikan kesahihan hanya warganegara sahaja yang benar-benar layak untuk membuat pasport.


“Jika warga Bangladesh yang datang ke Malaysia boleh bertutur bahasa Melayu, apa ertinya kita yang mengaku warganegara tetapi masih tidak mampu bertutur bahasa Melayu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh baru-baru ini menegaskan, pegawai JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.


Beberapa portal sebelum ini melaporkan kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang


Walau sudah menerangkan bahawa ibunya hanya mampu berbahasa Melayu dengan terhad susulan tidak bersekolah, kakitangan UTC Komtar tetap tidak menerima alasan tersebut.


Lelaki terbabit bagaimanapun berjaya memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada 22 April lalu.


Dalam pada itu, Muhamad Akmal berkata, Pemuda UMNO menggesa kerajaan mahupun pembangkang membawa usul ke persidangan Parlimen untuk mengubal undang-undang iaitu antara syarat wajib untuk diiktiraf sebagai warga Malaysia wajib bertutur dalam bahasa Melayu.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Poo key mark sekoq ni lagi...

Puiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 02:36 AM | Show all posts
baguslah dia ni walau jenis lantang.. biar gegar sikit puak yang lembik hanyut tu..

nak political correctness pun janganlah sampai tergadai negara, itulah masalahnya bila ramai dapat kerja dlm gomen sbb cable, takde kelayakan pun dari awal tu pasal kerja pun asal boleh gaji je setiap bulan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni ler contoh grad stem yg xnak susah² keje bidang sendri.
PongPang² jd politahik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih - bak kata Rhys budak UK jjcm food Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp bila dikaji2 blk semua ni berpunca Dr dasar pecah Dan perintah British. Percampuran antara kaum di msia ni Masih kurang. X sekolah tu alasan je. Ada je org bkn melayu dulu2 yg x pg sekolah tp blh je ckp melayu. Maybe sbb duduk kat kawasan rmi melayu. Ntah la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2024 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr Akmal ni tak sangka pulak doc medical. Lately lantang bersuara atau kat forum je yg selalu up statement dia.. tak tahu la.

Kalau dah bahasa kebangsaan adalah bahasa melayu, mmg 'red flag' la kalo langsung tk pandai ckp bm padahal duduk kat malaysia berpuluh tahun. Dah byk kes ic palsu atau curi ic.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:19 AM | Show all posts
untung bangsa asing di tanah melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni jurucakap bagi pihak KP Imigresen ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 26-4-2024 05:23 AM
Ni ler contoh grad stem yg xnak susah² keje bidang sendri.
PongPang² jd politahik.

Masih ada  dan operate klinik sendiri kheunz?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 26-4-2024 08:19 AM
untung bangsa asing di tanah melayu

Ada yg menagih sabsidi kacau sabsidi bangsa kita keww?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 09:28 AM | Show all posts
Aku sokong!!!.
At least boleh paham Melayu la..
Semua pun wajib belajar BM kot masa sekolah, tak kira sekolah apa kan??
Kalau langsung sepatah haram taktau, sendiri mau ingat la, leluhur mana

Lagi satu, kaum2 ni aku yakin yang diorang engrish pun tak tau, 100% cakap bahasa ibunda diorang aje.. sebab biasanye, kalau tengok budak2 yang tak boleh cakap Melayu, tapi boleh cakap English, biasanye Diorang bagi aje.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 09:31 AM | Show all posts
agreed with u akmal..bangla nepal pon boleh cakap melayu..lagi setuju kalau buat macam indon..satu bangsa satu bahasa
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 26-4-2024 08:39 AM
Masih ada  dan operate klinik sendiri kheunz?

Side hustle xkira
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 26-4-2024 10:02 AM
Side hustle xkira

Killing two birds with one stone....berlantangan mulut chee bye bye....on political front.. and gathering support from rakyat indirectly langgani kliniknya....ko ghaser? Masih tak kira?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
harapnya anak2 vvvvvip payung kuning or mana2 la yg tak reti berbahasa melayu pun take note ni ya. jgn sbb korang tu ultra rich rasa insan terpilih plak. dok msia tp ckp melayu pun tak reti pdhal makayah melayu totok je, yg non-bumi plak dah bercucu cicit pun tak reti2 lg bm mmg bahalol la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2024 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Parti ko lah punca cina2 ni naik lemak sebenarnya kan? sistem ni bukan start dari 1998...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah memang betul pung. Yg puluh tahun duduk tetap jugak xreti2 nya
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 05:04 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 26-4-2024 08:30 AM
Dia ni jurucakap bagi pihak KP Imigresen ke?

dlm thread ni ada statement KP imi: https://b.cari.com.my/forum.php? ... &extra=page%3D1
sop dorg tak de nk tgk boleh ke tak berbahasa melayu

tp tu lah hakikatnya
ramai non malay yg langsung x reti cakap bahasa melayu

yg malay ni plak ramai yg berangan reti ckp english je
bahasa boleh, tp tak fasih & pelat
puiiiiiiiiiiiii


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2024 05:11 PM | Show all posts
Ahso tu tak ada kawan bangsa melayu kot. Kau hari hari jumpa orang cina India tapi sampai sekarang kauu tak faham bahasa mereka!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.080710 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list