CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5901|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sampah 'mendarat' di Pulau Gazumbo

[Copy link]
Post time 25-4-2024 07:24 AM | Show all posts |Read mode
Sampah 'mendarat' di Pulau Gazumbo


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



PELBAGAI sampah hanyut dikumpul di Pulau Gazumbo, Georgetown.





Georgetown: Topi keledar, kasut, beg, botol kaca, barangan plastik, penyedut minuman dan bekas polisterin adalah antara 735.2 kilogram sampah hanyut yang dikumpul di Pulau Gazumbo, di sini.

Inisiatif pembersihan pulau berkenaan dilakukan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kelmarin, sempena Hari Bumi Sedunia dan Earth Clean Up Day.

Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MBPP, Mohd Taufik Junik berkata, inisiatif itu dilakukan berikutan pulau terletak berhampiran Jambatan Pulau Pinang itu menjadi lokasi sampah hanyut dari muara sungai sekitar pulau dan Seberang Perai.

Katanya, jumlah kutipan itu hanyalah sebahagian sampah yang sempat dikutip dan ia akan bertambah jika masyarakat tidak berubah sikap sehingga memberi kesan kepada ekosistem.

"Matlamat kita ialah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kesan buruk yang mungkin selama ini dipandang remeh.

"Jumlah sampah yang dikumpul itu dimuatkan ke dalam sebanyak 196 keping beg plastik sampah bersaiz besar," katanya.

Program pembersihan itu turut dijalankan di Pulau Jerejak, Dataran Queensbay dan Padang Kota Lama dan hadir sama ialah Datuk Bandar MBPP, Datuk Ir A Rajendran.

Sementara itu Rajendran berkata, difahamkan bahawa pulau itu kaya dengan biodiversiti laut seperti rumpai laut dan lain-lain lagi.

Katanya, tahap pencemaran di Pulau Gazumbo itu amat membimbangkan dan berlaku akibat perbuatan masyarakat sendiri.

"Kita boleh lihat plastik menjadi punca utama pencemaran kerana tidak mudah terurai, ia akan kumpul dan perlu ditunjuk kepada penduduk Pulau Pinang," katanya.

Disiarkan pada: April 25, 2024 @ 6:31am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.048894 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list