CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14221|Reply: 5

[Tempatan] Berita malam seram:Ada makhluk serupa rakan panggil ke padang sebelum diserang histeria

  [Copy link]
Post time 24-4-2024 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
JEMPOL – “Anak saya lihat ada makhluk menyerupai rakan datang dan memanggil mereka ke padang sebelum diserang histeria,” kata ibu kepada dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir (Model Khas), Batu Kikir yang diserang histeria Ahad lalu.



Ibu yang enggan namanya dikenali itu berkata, perkara berkenaan diceritakan oleh dua anak perempuannya kepada ahli keluarga.

Wanita berusia 40-an itu berkata, anaknya itu tidak mengingati kejadian sebenar, namun ketika separuh sedar dia beritahu melihat makhluk menyerupai rakannya yang berada di lokasi sama dan memanggilnya pergi ke padang sekolah.

“Pada mulanya rakannya menjerit, kemudian berjangkit-jangkit kepada orang lain termasuk anak saya sebelum masing-masing menangis. Ada yang tiba-tiba muntah tetapi tiadalah sampai melompat-lompat.

“Mujur ada rakannya sempat menahannya daripada keluar ke padang dan keadaan bagaimanapun agak terkawal dengan bantuan ustaz dan cikgu-cikgu di situ.

“Ada juga pengamal perubatan datang membantu, namun bagi mengelakkan kejadian lebih teruk anak-anak dibenarkan pulang,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seramai 165 pelajar SMK Batu Kikir (Model Khas) di sini yang tinggal di asrama dibenarkan pulang selama seminggu berikutan berlaku kes histeria sejak Sabtu.

Pelajar yang tinggal di asrama ada 165 orang, bagaimanapun, setakat Ahad, seramai 50 pelajar membabitkan 19 pelajar lelaki dan 31 pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 17 tahun mengalami histeria.

Sekolah berkenaan tidak ditutup dan pembelajaran di sekolah adalah seperti biasa, hanya pelajar tinggal di asrama dibenarkan pulang ke rumah masing-masing untuk sementara waktu sehingga keadaan kembali reda.

Dalam pada itu, menurut ibu pelajar berkenaan lagi, kedua-dua anaknya itu buat masa ini keadaan mereka semakin pulih walaupun ada sedikit rasa lemah semangat

SumberSinarHarian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2024 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata nenek aku, ubat orang histeria ialah ugut nak buka kain dia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 25-4-2024 02:51 AM
Kata nenek aku, ubat orang histeria ialah ugut nak buka kain dia.

Haah
Kalau tipu2mesti dia Akan leak
Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah iols dolu pernah juga Ada histeria
Orang yang kena rasuk tu dok katil bertentamg dgn iols
Cait..
Iols masa tu tak tau pung..relaks je dok berdua dalam dorm sambil iols nyanyi2 atas katil
Rupanya yang lain dah tinggalkan iols kat atas sebab iols baru lepas Mandi Malam
Bongok gila..
Tapi mujur iols tak kena histeria..maybe sebab is jenis takde nak cakap dgn org sangat masa tu .
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Esok nya berjangkit2 histeria tu..
Choi betul..entah mcmana tah boleh jangkit2 tu..
Maybe masa budak dorm iols Ni turun tangga kot terserempak2 gitu ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan ade porumer nama batu kikir kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061517 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list