CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2597|Reply: 0

[Sarawak] Murid kesakitan kaki terperosok jeriji besi penutup longkang

[Copy link]
Post time 24-4-2024 07:37 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba memotong besi jeriji penutup longkang untuk mengeluarkan kaki kanan seorang murid yang tersepit dalam kejadian di Kampung Baru, Bintulu hari ini.

BINTULU: Seorang murid lelaki sebuah sekolah rendah di sini terpaksa menahan kesakitan seketika susulan terjatuh sehingga kaki kanannya terperosok antara jeriji besi penutup longkang di jalan Kampung Baru di sini, hari ini.

Tindakan pantas anggota bomba bagaimanapun telah menyelamatkan murid terbabit.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pasukan bomba tiba di tempat kejadian yang jaraknya 11 kilometer selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.50 tengah hari.

Katanya, bomba mendapati mangsa terjatuh dengan kakinya terperosok antara jeriji penutup longkang dan mangsa gagal dalam cubaan untuk mengeluarkan kakinya yang tersepit.

"Ia melibatkan kaki kanan murid tersebut tersepit antara bahagian besi penutup longkang," katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, kaki murid terbabit hanya berjaya dikeluarkan selepas pasukan bomba bertindak memotong besi tersebut menggunakan peralatan menyelamat.

Orang ramai turut berada di tempat kejadian menyaksikan kerja-kerja menyelamat yang dilakukan pasukan bomba.

"Selepas kerja menyelamat di tempat kejadian selesai, pasukan bomba kembali semula ke balai bertugas," katanya.

Tiada kecederaan serius dilaporkan melibatkan murid terbabit.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.048944 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list