CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 875|Reply: 0

[Sarawak] Maritim Bintulu tahan kapal nelayan asing ceroboh perairan negara di Tanjung Kidurong

[Copy link]
Post time 24-4-2024 07:12 PM | Show all posts |Read mode


Nelayan asing ditahan untuk siasatan lanjut.

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu berjaya menahan sebuah kapal nelayan asing yang menceroboh perairan negara di kedudukan 80 batu nautika barat laut Tanjung Kidurong pada Ahad setelah hampir lima jam mengejarnya.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Mohd Iszuadi Mohamad Hassan berkata, dalam kejadian pada jam 8.32 pagi itu kapal nelayan dari Vietnam itu cuba melarikan diri bersama lima kapal nelayan asing lain apabila menyedari kehadiran aset Maritim Malaysia.

Katanya, keadaan itu membawa kepada aksi kejar-mengejar yang mana sebuah kapal nelayan asing berkenaan cuba untuk menghalang aset Maritim Malaysia dengan  melepaskan tali ke laut dari belakang bot mereka.

"Namun kapal dan kru nelayan asing tersebut akhirnya berjaya ditahan setelah hampir lima jam mengejarnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sebelum penahanan dibuat katanya, pihaknya telah mengesan lebih kurang enam kapal disyaki nelayan asing berada di kawasan terbabit tetapi telah bertindak melarikan diri setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa.


Kapal nelayan asing ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati ada tiga kru merangkumi seorang tekong warganegara Vietnam dan dua kru warganegara Kemboja berada dalam kapal yang ditahan tersebut.

Jelasnya, kesemua kru gagal mengemukakan dokumen berkaitan vesel dan kebenaran memasuki perairan Malaysia daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia.

"Dalam pemeriksaan lanjut turut mendapati tiada muatan hasil laut ditemukan dalam kapal terbabit namun terdapat banyak peralatan menangkap ikan seperti pukat dan tali," katanya.

Katanya, kapal nelayan asing tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dengan memasuki dan melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran.

"Kesemua kru dan kapal nelayan asing itu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM6 juta kepada pemilik kapal atau tekong kapal serta RM600,000 bagi setiap kru kapal jika disabitkan bersalah," katanya.

Justeru, katanya, sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu (086-314254) atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) untuk maklum balas segera.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.226692 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list