CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1017|Reply: 0

[Sabah] Pemandu lori disyaki seleweng 5,000 liter diesel ditahan

[Copy link]
Post time 24-4-2024 06:59 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Lori tangki yang digunakan suspek turut dirampas dalam serbuan berkenaan.

LAHAD DATU: Cubaan seleweng kira-kira 5,000 liter minyak diesel gagal selepas Pasukan Polis Marin (PPM) menahan sebuah lori tangki di sebuah stesen minyak di Kilometer 4, Jalan Silam, di sini.

Dalam kejadian jam 6.19 petang semalam itu, seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun yang juga pemandu lori turut ditahan dalam satu serbuan di lokasi berkenaan.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat yang diterima berkaitan aktiviti penyelewengan minyak bersubsidi.

Katanya, pasukan Markas Operasi PPM Lahad Datu segera membuat risikan dan pemantauan di lokasi berkenaan.“Ketika pemantauan dilakukan, pasukan serbuan terserempak dengan sebuah lori tangki dalam keadaan mencurigakan di stesen minyak berkenaan.

“Seorang lelaki berada di dalam lori dipercayai pemandu sebelum pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut di bahagian tangki lori berkenaan menemukan minyak diesel kira-kira 5,000 liter.

“Suspek dipercayai baru selesai mengisi minyak diesel di stesen berkenaan dan didapati gagal menunjukkan sebarang dokumen pengesahan pemilikan barangan bersubsidi.

“Minyak diesel berkenaan disyaki cuba diseleweng dan suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Ahmad berkata, lori serta minyak diesel yang dianggarkan berjumlah RM160,750 itu dirampas dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Seterusnya tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.064052 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list