CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3027|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lori ulang alik isi diesel untuk seludup

[Copy link]
Post time 24-4-2024 05:40 PM | Show all posts |Read mode

ARIFFIN (kanan) menunjukkan lori tangki yang diubah suai untuk aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi, yang disita ketika serbuan Op Tiris 3.0 pada 17 April lalu. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin.

Kuala Lumpur: Sebuah stesen minyak di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat, Sungai Besi, di sini dikesan menjadi 'pusat' aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi sejak sebulan lalu.

Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar selepas penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur melakukan serbuan menerusi Op Tiris 3.0 pada 17 April lalu.

Pengarah KPDN Kuala Lumpur Ariffin Samsudin berkata, pihaknya menjalankan risikan di stesen minyak itu selama dua minggu sebelum membuat serbuan.

"Kami mendapati terdapat sebuah lori tangki serta dua lori 'bonded' yang diubah suai membeli diesel bersubsidi di stesen minyak berkenaan sebelum membuat penghantaran bekalan ke luar Kuala Lumpur.


"Ketiga-tiga lori itu dilihat datang ke stesen minyak berkenaan secara bergilir-gilir dengan kuantiti pembelian dianggarkan melebihi 30,000 liter setiap hari, membabitkan jumlah pembayaran hampir RM64,500 bagi keseluruhan transaksi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Stor KPDN Kuala Lumpur di Kompleks Sentral, Segambut, di sini, hari ini.

Ariffin berkata, susulan hasil risikan itu, pihaknya membuat serbuan ketika sebuah lori tangki sedang mengisi diesel di stesen minyak terbabit pada 17 April lalu.

"Pemeriksaan dilakukan mendapati lori tangki itu membuat pembelian (diesel) berulang kali melebihi 20 transaksi di stesen minyak berkenaan pada hari sama dalam tempoh dua jam dengan setiap transaksi berjumlah RM500.

"Kami menyita lori tangki berkenaan, 7,300 liter diesel, telefon bimbit dan resit-resit pembelian selain menahan dua lelaki tempatan iaitu pemandu serta kelindan lori terbabit," katanya yang memaklumkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM80,000.

Katanya, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan yang juga penyelia stesen minyak itu serta seorang pekerja warga Bangladesh untuk siasatan lanjut.

"Kami percaya pekerja stesen minyak menerima imbuhan lumayan daripada sindiket untuk menjalankan kegiatan terbabit.

"Pemilik stesen minyak itu juga akan disiasat di bawah Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974. Kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Kami sedang giat mengesan dua lagi lori 'bonded' yang dipercayai terbabit dengan kegiatan sama," katanya.

Susulan kes itu, KPDN akan memanggil pengusaha stesen minyak di seluruh ibu kota ini pada minggu ini bagi menjelaskan berkaitan kes dan memberi amaran supaya tidak bersekongkol dengan sindiket penyelewengan diesel.

"Subsidi yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat di negara ini bukannya untuk aktiviti penyelewengan bagi mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

"Perbezaan harga diesel bersubsidi di stesen minyak dengan diesel industri melebihi RM1 menjadi faktor utama sindiket mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan peribadi," katanya.

Berdasarkan statistik pada 1 Januari lalu hingga semalam, beliau berkata, terdapat 10 kes Op Tiris 3.0 direkodkan sepanjang tempoh berkenaan membabitkan keseluruhan rampasan bernilai RM610,000.

"Seramai 16 individu iaitu 13 warga tempatan serta tiga warga asing ditahan dalam operasi berkenaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iesel-untuk-seludup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.047988 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list