CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3120|Reply: 0

[Terengganu] Pemuda 25 tahun korban terbaharu Air Terjun Belukar Bukit

[Copy link]
Post time 24-4-2024 05:36 PM | Show all posts |Read mode

Anggota SAR sedang mengangkat mayat Syafiq Haiqal yang mati lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seorang pemuda berkorban nyawa apabila maut sewaktu cuba menyelamatkan salah seorang rakannya yang lemas di Air Terjun Belukar Bukit di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 10 pagi itu berlaku sewaktu mangsa, Syafiq Haiqal Sharufin, 25, dan empat rakannya sedang mandi-manda di kawasan perkelahan terkenal tersebut.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, sebelum kejadian, lima lelaki tersebut termasuk mangsa yang berasal dari Padang Hiliran, Kuala Terengganu tersebut telah mengunjungi Air Terjun Belukar Bukit untuk berkelah.

“Sewaktu kejadian, mangsa dikatakan cuba membantu salah seorang rakannya yang terjatuh ke dalam air akibat tergelincir semasa berjalan di batuan tebing sungai itu.

“Rakannya terselamat namun mangsa pula tenggelam timbul sebelum hilang daripada pandangan,” katanya di sini hari ini.

Zainul Mujahidin berkata, pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui mayat Syafiq Haiqal pada pukul 12 tengah hari di kawasan celahan batu di tebing kawasan air terjun berkenaan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganud di sinin untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... rjun-belukar-bukit/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.318965 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list