CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11836|Reply: 2

[Tempatan] Eksport halal Malaysia disasar RM300 bilion pada 2030​

[Copy link]
Post time 23-4-2024 11:15 PM | Show all posts |Read mode
Eksport halal Malaysia disasar RM300 bilion pada 2030​23 April 2024, 3:21pm




PUTRAJAYA: Nilai eksport bagi industri halal negara dijangka akan meningkat kepada RM300 bilion atau sekitar 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

Pengerusi Halal Development Corporation Bhd (HDC), Khairul Azwan Harun, berkata sasaran lonjakan yang besar itu adalah berdasarkan kepada pelbagai langkah pembangunan yang dilaksanakan Malaysia dalam industri halal.

Beliau berkata, Malaysia juga semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri halal global dengan semakin banyak negara menjalin kerjasama strategik dalam industri terbabit.

Selain itu, katanya, permintaan terhadap produk halal juga melonjak bukan hanya daripada negara Islam tetapi turut merangkumi negara bukan Islam
“Eksport halal negara semakin meningkat setiap tahun dengan pada 2023 hampir RM60 bilion.

Jumlah eksport ini akan semakin meningkat dan mencecah RM300 bilion atau sekitar 11 peratus daripada KDNK.

“Malaysia akan meneruskan pelbagai usaha dan inisiatif bagi menjadikan kita kekal peneraju dalam industri,” katanya selepas majlis pertemuan santai dengan delegasi Arab Saudi di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Food & Drug Authority, Dr Hisham Saad Aljadhey dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari.

Delegasi dari Arab Saudi terbabit sebelum itu mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas lanjut, Khairul Azwan berkata, bagi memperkasakan industri halal di peringkat global, Malaysia juga memerlukan kerjasama dengan negara-negara pengeluar produk halal yang lain seperti Arab Saudi.

Beliau berkata, hal ini kerana pembabitan Malaysia semata-mata adalah tidak mencukupi bagi menguasai pasaran halal global.

Katanya, masih terdapat jurang yang besar dalam penguasaan halal global sekitar 80 peratus ketika ini.

“Masih ada 80 peratus pasaran modal dalam industri halal global yang masih belum dapat dipenuhi.

Kerjasama strategik adalah sangat diperlukan kerana pasaran industri halal dijangka meningkat kepada AS$5 trilion menjelang 2030,” katanya.


Eksport halal Malaysia disasar RM300 bilion pada 2030



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2024 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
makanan domestic pun kne monitor jugak kafir² penipu ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 06:59 AM | Show all posts
Selain nasi lemak ...Jangan lupa bak kuk teh (masakan asli malaysia) juga  ikut dipromosikan juga ya... hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061745 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list