CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 499|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki bawa senjata di tempat awam diberkas polis

[Copy link]
Post time 23-4-2024 10:45 PM | Show all posts |Read mode


Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki membawa senjata tajam jenis 'kwang tao' di Jalan Wong King Huo, Sibu pada Isnin.

SIBU: Seorang lelaki ditahan selepas video tular menunjukkan aksi lelaki berkenaan membawa senjata jenis 'kwang tao' di tempat awam di Jalan Wong King Huo, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, kejadian kes video tular di laman media sosial dikesan menunjukkan suspek membawa senjata tersebut di tempat awam.

"Pihak kami telah mengesan satu video berdurasi satu minit 38 saat yang dimuat naik di laman media sosial telah tular berhubung kejadian itu yang berlaku di lokasi berkenaan pada jam 5 petang Isnin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki berusia 31 tahun pada jam 11.48 malam Isnin.

Susulan itu katanya, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah berjaya menahan suspek di rumahnya pada jam 12.20 tengah malam.

"Punca kejadian didapati suspek berang apabila dihubungi oleh anak lelakinya yang memberitahu ada sekumpulan remaja lelaki mahu memukul anaknya.

"Suspek bergegas ke tempat kejadian daripada rumahnya sambil membawa bersama sebilah 'kwang tao'," jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Suspek telah direman selama empat hari mulai 23 hingga 27 April ini bagi membantu siasatan.

Tambah Zulkipli, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak lagi membuat sebarang komen di media sosial ke atas video tular tersebut hingga boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048474 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list