CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 0

[Sarawak] Pesara guru pertahan koleksi gramofon antik

[Copy link]
Post time 23-4-2024 10:35 PM | Show all posts |Read mode


Cikgu Serbini (kiri) menunjuk kepada Pang cara memainkan gramofon.

BINTULU: Seorang pesara guru di sini masih kekal menyimpan koleksi peribadi barangan antik berupa pemain rekod piring hitam gramofon yang masih berfungsi dengan baik.

Gramofon antik tersebut milik Cikgu Serbini Joni.

Semasa kunjungan ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Jalan Keranji Taman Lucky Tower Tanjung Batu ke atas pesara guru terbabit dan isterinya Zemrud Zainudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang tertarik dengan koleksi gramofon tersebut.

"Ini merupakan barang antik yang jarang ditemui bahkan masih berfungsi dengan baik," kata Pang di sini, semalam.

"Koleksi peribadi Cikgu Serbini yang merupakan sebuah fonograf engkol tangan antik yang masih berfungsi semasa diuji dan apabila diputarkan mampu melantunkan lagu-lagu dari piring hitam.

"Fonograf pembesar suara ini digerakkan dengan tangan.

"Klasik dan elegan, masih boleh digunakan seperti biasa, tidak perlu mengguna tenaga elektrik, hanya pusingkan engkolnya dengan tangan, jarum jatuh dan putaran rekod lama membawa alunan muzik dan bunyi," jelasnya.

Pang berkata, ia mengeluarkan bunyi muzik dan lagu mengimbau zaman, membuat kita tenggelam dalam keasyikan mengimbau kenangan lalu pada zaman piring hitam.

Beliau menambah, lagu-lagu piring hitam P Ramlee boleh didengar dengan jelas melalui gramofon ini.

Sambil mendengar lagu melalui gramofon katanya, beliau turut berhari raya sambil berkumpul bersama rakan-rakan di rumah sahabat ini, berbual mesra dan menikmati hidangan raya yang disajikan.

"Semoga dalam mengimbau kenangan lama melalui rekod piring hitam ini, akan terus mengukuhkan keakraban hubungan silaturahim dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat," katanya sambil menghargai keramahan pasangan guru tersebut melayan tetamu.

Justeru nilai sentimental gramofon itu wajar dijaga dan dipelihara agar dapat terus berfungsi, ditatap generasi baharu dan dapat mengimbau kembali kenangan lama.

Menurut sumber Wikipedia, peti nyanyi atau pemutar rekod ataupun fonograf merupakan satu peranti yang diperkenalkan pada tahun 1877 untuk merakam dan menghasilkan semula bunyi dalam piring hitam.

Rakaman yang dimainkan secara umumnya meninggalkan garisan beralun seakan dicalar, diukir atau beralur pada permukaan silinder atau cakera yang diputarkan.

Apabila silinder atau cakera ini diputarkan atau dimainkan semula, jarum pada peti nyanyi akan menyurih pada garisan yang beralun ini menghasilkan getaran sehingga berubah menjadi gelombang bunyi.

Model ciptaan pertama yang berkesan menghasilkan bunyi yang dirakam telah dicipta oleh Thomas Edison.

Bunyi dirakam pada satu silinder berkerajang timah yang boleh meninggalkan kesan rakaman.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.126457 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list