CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4168|Reply: 0

Siapa Amorim, diramal pengganti Klopp

[Copy link]
Post time 23-4-2024 01:57 PM | Show all posts |Read mode

Jurulatih Sporting, Ruben Amorim memberi arahan ketika aksi liga Portugal menentang Vitoria Guimaraes di Stadium Jose Alvalade, Lisbon kelmarin. – Foto AFP

PARIS: Dua puluh tahun lalu ia adalah Jose Mourinho. Kini tiba giliran Ruben Amorim yang dilihat akan berpindah dari Portugal ke Liga Perdana Inggeris dengan reputasi sebagai superstar kejurulatihan Eropah berikutnya.

Mourinho berusia 41 tahun apabila beliau meninggalkan FC Porto untuk mengambil alih pasukan Chelsea yang ditakdirkan mendominasi kancah bola sepak Inggeris selepas diambil alih oleh Roman Abramovich.

Kini Amorim, pada usia 39 tahun, menjadi pilihan utama untuk menggantikan Jurgen Klopp di Liverpool.

Jurulatih lain turut hadir dari Portugal dengan reputasi tinggi. Andre Villas-Boas bagaimanapun gagal memenuhi harapan dan jangkaan selepas mengikut jejak langkah Mourinho dari Porto ke Chelsea pada 2011.


Namun segala-galanya mengenai Amorim membayangkan beliau benar-benar seseorang yang istimewa, sama seperti yang didakwa Mourinho mengenai dirinya sendiri pada 2004.

"Saya tidak tahu jika saya akan menjadi bagus atau tidak, tetapi itulah yang akan saya usahakan," kata Amorim kepada Tribuna Expresso pada 2017 apabila beliau mengesahkan perancangannya untuk beralih ke bidang kejurulatihan.

Beliau baru saja bersara pada usia 32 tahun selepas karier gemilang yang dibelenggu kecederaan.

Amorim mencipta namanya sebagai jurulatih di Sporting, namun beliau lebih menyerlah sebagai pemain di kelab musuh Benfica, kelab yang sering disokongnya yang mana beliau menjadi seorang 'socio' (ahli) sejak lahir.


Penyokong Sporting mengibarkan sepanduk ditujukan kepada jurulatih mereka Ruben Amorin ketika aksi liga Portugal menentang Vitoria Guimaraes di Stadium Jose Alvalade, Lisbon kelmarin. – Foto AFP

"Saya boleh melihat diri saya melatih Benfica, atau satu daripada kelab terbesar di dunia. Jelasnya hanya masa akan menentukannya dan anda juga perlukan sedikit tuah," katanya dalam temu bual sama.

Amorim mula beraksi di Belenenses, kelab sederhana di pinggir bandar Lisbon, Belem yang lebih dikenali dengan kuih tart kastard.

Beliau beraksi di bawah kendalian Jorge Jesus di sana, membantu mereka berakhir di tangga kelima dan layak ke final Piala Portugal pada 2007.

Pada 2008 beliau menyertai Benfica dan setahun kemudian beliau kembali bersatu dengan Jesus.

Amorim sering beraksi di pertahanan kanan dalam pasukan yang menampilkan David Luiz dan Angel Di Maria yang kemudiannya merangkul kejuaraan liga.

Musim berikutnya, Benfica gagal di tangan Porto kendalian Villas-Boas dan Amorim bergelut dengan kecederaan lutut.

Beliau memerlukan tempoh pinjaman yang lama di Braga untuk melancarkan semula kariernya dan kembali ke Benfica bersama Jesus pada 2013-14.

Bermain secara konsisten di bahagian tengah, Amorim menyinar apabila mereka menang treble domestik dan kalah final Liga Europa menerusi penentuan penalti di tangan Sevilla.

Kariernya tidak pernah meningkat lagi sejak itu kerana kecederaan dan beliau menamatkan hari-hari terakhir karier permainannya di Qatar. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... mal-pengganti-klopp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.051973 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list