CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3093|Reply: 0

[Kedah] MPLBP sasar kutipan cukai RM18 juta

[Copy link]
Post time 23-4-2024 09:39 AM | Show all posts |Read mode
MPLBP sasar kutipan cukai RM18 juta

Oleh Hamzah Osman - April 23, 2024 @ 9:01ambhnews@bh.com.my




Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah (paling kiri) menyantuni tetamu mengambil makanan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di pekarangan MPLBP. NSTP/Hamzah Osman





LANGKAWI: Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) menyasarkan kutipan cukai taksiran sebanyak RM18 juta, tahun ini.

Yang Dipertuanya, Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah, berkata jumlah itu merekodkan peningkatan sebanyak 6.5 peratus berjumlah RM1.1 juta berbanding kutipan tahun lalu.

"Sasaran kutipan cukai tahun ini sebanyak RM18 juta membabitkan 12,015 pemilik premis dan angka terbaharu ini menunjukkan peningkatan berbanding nilai kutipan RM16.9 juta daripada 11,715 pemilik harta tahun lalu.

"Namun, sehingga 1 Januari lalu, kita mengenal pasti tunggakan pembayaran cukai taksiran adalah sebanyak RM5.7 juta," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di pekarangan MPLBP di sini, malam tadi.

Tunku Iskandar Shah berkata, pihaknya masih memberi ruang kepada mana-mana pemilik premis yang mempunyai tunggakan cukai taksiran dan gagal melunaskannya, tampil menyelesaikannya dalam tempoh segera.

"Kini pembayaran cukai taksiran oleh pelanggan telah dipermudahkan dan mereka boleh menjelaskannya menerusi perbankan internet, aplikasi-aplikasi secara dalam talian seperti PBTPay dan JomPAY.

"Pada masa sama, kita menganjurkan pelbagai tawaran promosi termasuk cenderahati kepada pembayar awal dan cabutan bertuah bagi pembayar setahun, selain kaunter bergerak di sekitar Langkawi," katanya.

Mengulas majlis rumah terbuka malam tadi, beliau berkata, lebih 2,500 tetamu membabitkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong yang bercuti di pulau ini hadir pada program tahunan itu.

"Pelbagai juadah seperti sate, ketupat, lemang, rendang, nasi, laksa, bihun sup, cucur udang, rojak dan minuman dihidangkan menerusi 11 gerai disediakan mengikut jabatan di MPLBP," katanya.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Shamsilah Siru; ADUN Kuah, Amar Pared Mahamud dan Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.048685 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list