CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24341|Reply: 0

[Sarawak] Suspek kedua kes ragut di Taman Desa Wira ditangkap, kedua-dua suspek akan direman esok

[Copy link]
Post time 22-4-2024 10:45 PM | Show all posts |Read mode


Kedua-dua suspek kes ragut di Taman Desa Wira, Batu Kawa berjaya ditangkap.

KUCHING: Suspek kedua yang terlibat dalam kes ragut seorang wanita di Taman Dewa Wira Batu Kawa yang melarikan diri berjaya ditangkap di Jalan Lapangan Terbang Lama, di sini, petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata, suspek kedua itu ditangkap sekitar jam 5 petang tadi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Padawan.



LIM

"Suspek kedua yang ditangkap mengaku sebagai penunggang motosikal yang telah berjaya melarikan diri ketika rakannya ditahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Lim, dengan tertangkapnya suspek kedua itu, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan berjaya menyelesaikan kes samun dan ragut yang dilaporkan pada pagi tadi dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu kedua-dua suspek yang ditangkap merupakan warga tempatan berusia 20 dan 30 tahun.

Jelasnya, kedua-dua suspek akan direman pada esok di Mahkamah Kuching bagi siasatan lanjut.

"Suspek kedua yang ditangkap itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

"Pihak polis akan menyiasat lanjut penglibatan kedua-dua suspek dengan lain-lain kes yang mempunyai modus operandi yang sama," tegasnya.

Terdahulu, Lim memberitahu seorang mangsa wanita tempatan berusia dalam lingkungan lewat 50-an mengalami kecederaan ringan semasa diragut di Taman Desa Wira, Batu Kawa.

Katanya, kejadian itu berlaku pada jam 7.54 pagi semasa mangsa sedang berjalan kaki di tepi jalan telah didatangi sebuah motosikal berwarna merah dari arah belakang yang dinaiki oleh dua suspek lelaki yang telah bertindak meragut beg sandang milik mangsa.

Tambahnya lagi, mangsa berusaha untuk mempertahankan begnya daripada dilarikan oleh suspek dan dalam masa sama sebuah kenderaan yang dipandu oleh orang awam telah bertindak menghentikan kenderaannya di hadapan motosikal suspek tersebut.

Tindakan orang awam itu katanya berjaya menahan salah seorang daripada suspek bersama dengan sebuah motosikal.

Akibat kejadian itu, katanya, mangsa mengalami sedikit luka dan calar semasa pergelutan berlaku namun tiada kecederaan serius dialami.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan cedera semasa melakukan samun ragut dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh 20 tahun dan dengan sebatan," tegasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.046029 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list