CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24105|Reply: 0

[Sarawak] Mangsa baham buaya masih belum ditemui

[Copy link]
Post time 22-4-2024 10:42 PM | Show all posts |Read mode
Kira-kira 45 individu terlibat dalam pencarian bermula jam 12 tengah hari tadi



Pasukan penyelamat bergerak menuju ke kawasan hulu Sungai Rayu. -Gambar Roystein Emmor

“Kakitangan dalam pasukan itu terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan penduduk kampung.”

Inspektor Benjamin Annau Kalom
Komander Operasi

KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Minu Khien, wanita berusia 76 tahun yang dipercayai diragut buaya di Sungai Rayu, Lundu Rabu lalu memasuki hari kelima hari ini.

Komander Operasi Inspektor Benjamin Annau Kalom dari Balai Polis Daerah Lundu berkata, kira-kira 45 individu terlibat dalam pencarian yang bermula jam 12 tengah hari tadi.

“Kakitangan dalam pasukan itu terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan penduduk kampung,” katanya kepada The Borneo Post ketika ditemui di pusat operasi SAR di Sungai Rayu di sini petang hari ini.

Memandangkan pencarian selama empat hari lepas di hilir sungai gagal menemui sebarang tanda mangsa, Benjamin berkata operasi hari ini melibatkan kawasan hulu sungai.

Katanya, pencarian di hulu sungai itu membabitkan bekas ladang lembu dan inap desa yang terletak kira-kira 20 meter dari sarang buaya.

“Hari ini kita menyasarkan untuk mencari di kawasan hulu sungai kerana menerima maklumat daripada orang ramai di sini bahawa terdapat lubang buaya terletak kira-kira 20 meter dari kawasan ternakan lembu serta inap desa.

"Kami menerima maklumat bahawa buaya itu telah menyerang lembu di ladang dan pemilik inap desa juga telah mengesahkan bahawa salah satu haiwan peliharaannya di situ turut diserang oleh buaya itu," tambah Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Lundu itu.

Sementara itu, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Dato Sri Mohd Naroden Majais turut mengadakan lawatan di pusat operasi itu petang tadi.

“Tujuan saya ke sini adalah untuk memberikan sokongan moral kepada pasukan SAR selain menyumbang sedikit air minuman kepada mereka.

“Kami berasa sedih dengan kejadian ini dan saya percaya pasukan akan menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dalam mencari mangsa.

"Saya juga ingin menasihatkan mereka supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati semasa menjalankan pencarian... saya berdoa agar mangsa dapat ditemui," tambahnya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.480382 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list