CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6919|Reply: 0

[Kedah] Asrama, bilik guru hangus kebakaran di Pusat Maahad Al Quran Abdullah Al Arifin

[Copy link]
Post time 22-4-2024 05:35 PM | Show all posts |Read mode
Asrama, bilik guru hangus kebakaran di Pusat Maahad Al Quran Abdullah Al Arifin


Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 22, 2024 @ 5:03pm [email protected]




Keadaan asrama di Pusat Maahad Al Quran Abdullah Al Arifin yang musnah dalam kebakaran. - Foto ihsan bomba








JITRA: Bangunan asrama dan bilik guru di Pusat Maahad Al Quran Abdullah Al Arifin di sini hangus dalam kebakaran hari ini.

Bagaimanapun tiada mangsa tercedera berikutan ketika kejadian bangunan terbabit kosong kerana semua pelajar berada di surau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 2.44 petang,

Operasi turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Bukit Kayu Hitam, Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Kebakaran membabitkan bahagian asrama dan bilik guru. PBS Padang Sera tiba awal di lokasi kejadian untuk memadam kebakaran," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Bustan berkata, kemusnahan pusat Maahad Tahfiz itu dianggarkan hampir 70 peratus dari keseluruhan bangunan, dengan api berjaya dikawal jam 3.05 petang.
Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.048889 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list