CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5682|Reply: 0

Permulaan baik TFC

[Copy link]
Post time 22-4-2024 02:44 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Terengganu FC meraikan kejayaan menjuarai Kejohanan Empat Penjuru Pramusim 2024 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak. FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menyifatkan kejayaan merangkul Piala Kejohanan Empat Penjuru adalah permulaan yang baik buat pasukannya.

Jelas pengendali kelahiran Croatia itu, walaupun hanya membabitkan empat pasukan, kejayaan itu mampu menyuntik semangat anak buahnya sebelum saingan Liga Super membuka tirainya pada 11 Mei depan.

Bagaimanapun, bekas Pengarah Teknikal Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd musim 2022 itu berkata, masih terdapat kelemahan perlu diperbaiki segera bagi memastikan skuad bimbingannya itu mampu 'terbang' lebih jauh lagi.

"Memenangi kejohanan itu sudah tentu satu permulaan dan insentif begitu baik untuk meneruskan kecemerlangan pada musim panjang nanti, juga boleh saya simpulkan ianya mampu membakar lagi semangat pemain sebelum Liga Malaysia (Liga M) bermula kurang tiga minggu lagi.

"Bagaimanapun, secara keseluruhannya dalam enam perlawanan pramusim termasuk Kejohanan Empat Penjuru, masih terdapat kelemahan perlu diperbaiki segera.

"Salah satunya pasukan melepaskan satu gol mudah hasil kesilapan diri sendiri, begitu juga kombinasi antara pemain serta penyudah, tapi kami perlu berusaha untuk meningkatkan kecekapan dan automasi dalam permainan.

"Saya menjangkakan ia akan menjadi lebih baik dalam tempoh akan datang kerana kami tidak mencipta terlalu banyak peluang dalam dua perlawanan pertama dan aksi yang ketiga," kata jurulatih yang lebih mesra dipanggil 'Tommy' itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat perlawanan ketiga menentang pasukan 'adik', Terengganu FC II (TFC II) yang berakhir dengan keputusan terikat tanpa jaringan malam tadi.

Dengan keputusan itu, skuad TFC yang mengumpul lima mata berjaya merangkul kejuaraan dalam kejohanan turut disertai Penang FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Naib juara pula dimenangi TFC II yang berkongsi empat mata dengan KDA FC, namun berkelebihan jaringan

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... /permulaan-baik-tfc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.046229 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list