CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8630|Reply: 0

[Pahang] Hasrat berjumpa tunang berkecai, penunggang motosikal maut digilis lori

[Copy link]
Post time 22-4-2024 10:08 AM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba memeriksa keadaan mayat mangsa yang maut digilis lori.

LIPIS – Hasrat seorang pemuda menunggang motosikal dari Kelantan ke Jerantut untuk berjumpa tunangnya tidak kesampaian selepas dia maut digilis lori di Kilometer 9 Jalan Benta -Jerantut di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu berlaku ketika mangsa, Ahmad Solihin Fazuni,21, dalam perjalanan dari rumahnya di Kelantan ke Kuala Lumpur melalui Jalan Benta – Jerantut dan singgah di rumah tunangnya di Kampung Batu Balai, Jerantut.

“Setiba di tempat kejadian ketika melalui selekoh motosikal mangsa bertembung dengan sebuah lori treler yang dipandu oleh lelaki warga tempatan berusia 40 tahun dari arah bertentangan yang perjalanan dari Jengka, Maran untuk menghantar muatan tandan sawit ke Gua Musang, Kelantan.

“Akibat pertembungan tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan,” katanya di Ibu pejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Menurut Ismail, kes kemalangan itu masih dalam siasatan polis dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil membantu.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -maut-digilis-lori/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.049916 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list