CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2508|Reply: 0

[Terengganu] Sukarelawan penguat kuasa syariah didakwa cabul wanita

  [Copy link]
Post time 21-4-2024 04:47 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KEMAMAN – Seorang sukarelawan pegawai penguat kuasa syariah ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang pembantu akaun wanita di Pantai Teluk Mak Nik di sini pada Khamis lalu.

Lelaki berusia 53 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut terhadap mangsa yang berusia 24 tahun pada pukul 7 malam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, suspek dikatakan melakukan pemeriksaan terhadap mangsa dan tunangnya yang ketika itu berduaan di dalam sebuah kereta di pantai peranginan tersebut.

“Suspek dikatakan telah mengarahkan mangsa dan pasangannya keluar dari kenderaan sebelum merampas kunci kereta tersebut.

“Dia seterusnya dikatakan memeriksa kad pengenalan mangsa dan pasangannya sebelum mengugut mahu membawa mereka ke pejabat agama Islam terdekat,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, suspek kemudiannya dikatakan mengarahkan tunang mangsa pulang sebelum menghantar sendiri wanita itu pulang ke rumah di sebuah taman perumahan di daerah ini.

Beliau berkata, sewaktu dalam perjalanan dan sebaik tiba di depan rumah, mangsa mendakwa telah dicabul beberapa kali oleh sukarelawan pegawai penguat kuasa syariah berkenaan.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan suspek sehingga esok bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... dakwa-cabul-wanita/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053691 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list