CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12433|Reply: 0

[Tempatan] Bukan borak kosong, Iqbal Zukefli saman bekas adik ipar

[Copy link]
Post time 21-4-2024 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-4-2024 06:27 PM

Bukan borak kosong, Iqbal Zukefli saman bekas adik ipar

  • Oleh MUHAMMAD HAIKAL RAMLI
  • 21 April 2024, 9:31 am


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

Share on linkedin




Iqbal bersama peguam, Datuk Adnan Seman dan adiknya, Ahmad Weldan Zulkefli.


PETALING JAYA –  Bukan hanya bermodalkan air liur, usahawan Iqbal Zulkefli enggan lagi berkompromi apabila memilih untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas adik iparnya atas dakwaan memburukkan namanya.

Ujar Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli, 30, tindakan tegas diambil selepas wanita terbabit berterusan menyebarkan fitnah selain menghambur caci maki terhadap dia dan adiknya, Weldan Zulkefli.

“Saya diam tanpa sedikit pun membalas tuduhan dilemparkan sejak tahun lalu walaupun dia menamakan saya ‘jantan babi’ selain sering memanggil saya bodoh di Instagram Story.

“Inilah orang yang saya bawa tinggal di rumah saya untuk dibantu, datang menangis merayu ketika dia bergaduh dengan guru yang membantunya dulu.

“Bertubi-tubi sehingga sekarang memburukkan nama saya dan Weldan di ‘live’ TikTok,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram bersama peguam, Datuk Adnan Seman dan adiknya, Ahmad Weldan Zulkefli.

Lebih mengejutkan, Iqbal memberitahu dia juga mempunyai bukti kecurangan individu terbabit bersama seorang lelaki yang kini menjadi suaminya sehingga adiknya mengalami tekanan.

“Hakikat dia sudah ada hubungan dengan lelaki lain semasa dalam perkahwinan. Saya ada bukti namun saya tidak mahu mengaibkan dia.

“Tatkala itu Weldan sedang bersedih kerana bercerai sehinggakan masuk hospital akibat tekanan.

“Hampir terjun ke sungai namun diselamatkan pemandu Grab. Dia hebat meraih simpati bahawa dia teraniaya dan tersakiti,” luahnya panjang lebar.

Bukan itu sahaja, Weldan juga terpaksa berputih mata apabila ditipu isterinya yang menukar nama syarikat milik bersama kepada haknya seorang sehingga dia hilang pendapatan.

“Itu hasil usaha bersama sebelum perkahwinan mereka lagi. Weldan berpindah ke sebuah bilik kecil yang sangat hina.

“Tanpa ada kenderaan dan tidak memberikan gaji sebetulnya sehingga hari ini,” ujarnya

Pada Disember 2023, Iqbal mendedahkan tidak terkejut dengan berita penceraian adiknya dan wanita berkenaan yang juga seorang usahawan, sebaliknya sudah menjangkakan perkara tersebut.
Pasangan itu berkahwin pada 29 Februari 2021 namun bercerai pada 23 November 2023. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia 2 tahun. – KOSMO! ONLINE




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.045445 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list