CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12687|Reply: 0

[Kedah] Langkawi perlu hospital pakar tampung permintaan

[Copy link]
Post time 21-4-2024 10:02 AM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK Langkawi bergantung kepada Hospital Sultanah Maliha untuk rawatan. – GAMBAR HIASAN

LANGKAWI – Pemain industri pelancongan di sini berpendapat sudah tiba masanya hospital pakar swasta dibina di pulau peranginan ini bagi menampung keperluan pelancong asing.

Pengerusi Kelab Komuniti Pelancongan Langkawi (KKPL), Hazani Hussin berkata, pembinaan hospital swasta dapat me­ngurangkan waktu menunggu sedia ada kepada pelancong.

“Kita tidak mahulah pelancong yang memerlukan rawatan untuk menunggu seperti mana penduduk perlu menunggu sehingga berbulan lamanya untuk rawatan bukan kecemasan, kerana pelancong ini tinggal di Langkawi sekitar dua minggu sahaja.

“Selain itu, pembukaan hospital swasta di sini juga boleh membuka peluang kepada pelancongan perubatan atau medical tourism,” katanya di sini baru-baru ini.

Beliau memberitahu, Langkawi juga mempunyai tanah yang sesuai untuk dibangunkan menjadi hospital swasta, seperti di kawasan Teluk Yu yang berhampiran pantai, selain Pulau Intan Besar yang dekat dengan kehijauan.

Tambahnya, insiden Raja Norway yang dirawat di Hospital Sultanah Maliha (HSM) baru-baru ini boleh dijadikan permulaan kepada pembinaan pusat perubatan swasta di sini.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Industri Pelancongan Langkawi, Ahmad Pishol Ishak, turut menyatakan pembinaan hospital swasta sudah dimasukkan dalam beberapa pelan tindakan sejak Langkawi bertukar status kepada bebas cukai pada 1987 lagi.

Namun begitu, ujarnya, tiada pelaksanaan bagi pembangunan tersebut sedangkan pelbagai genre pelancongan lain seperti pelancongan sukan dan ekopelancongan sudah bertapak di Langkawi.

“Benda-benda seperti ini (hospital swasta) sepatutnya sudah ada sejak lama dahulu. Kita telah menjadi pulau bebas cukai lebih 30 tahun, di mana status tersebut telah membawa ramai pelancong masuk ke sini.

“Sepatutnya industri pelancongan sudah matang, dan perkara asas seperti ini perlu ada. Kerajaan dan pihak LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi) perlu melihat semula kepada perkara ini dan memberikan bantuan sewajarnya,” ujarnya.

Jelasnya, ada agensi pelancongan dari luar negara yang memerlukan hospital pakar sebagai salah satu kriteria diminta pelancong.

Ujarnya, pertambahan infrastruktur akan membawa lebih ramai pelancong dan memboleh­kan lebih banyak pe­nerbangan terus masuk ke Langkawi. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... tampung-permintaan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.048253 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list